Ingat tidak filem 'Black Hawk Down'? Ia mengenai operasi tentera Bangsa Bangsa Bersatu (UN) yang kebanyakannya terdiri dari tentera Amerikat Syarikat (USA) menyelamatkan anggota mereka yang terperangkap dalam satu helikopter Black Hawk yang jatuh di Mogadishu, Somalia.
Filem itu sebenarnya cerita benar. Dari apa yang saya baca tentera Malaysia yang juga menjadi sebahagian dari pasukan pengaman UN di tempat dan masa yang sama turut terlibat dalam operasi tersebut. Peranan mereka juga besar dan dari apa yang saya baca juga operasi Black Hawk Down tidak mungkin berjaya tanpa pertolongan tentera kita.
Tetapi di dalam filem itu peranan tentera kira cuma ditunjukkan secara minima dan ramai dari anggota tentera kita yang tahu akan keadaan sebenar tidak puas hati.
Saya terfikir di masa itu untuk menyelesaikan masalah kenapa kita sendiri tidak membuat satu filem bertajuk 'Black Hawk Down - The True Story'. Baru satu dunia tahu akan cerita sebenar.
Tetapi cadangan itu mungkin mustahil dapat dilaksanakan kerana bukan senang untuk membuat satu filem, terutama yang melibatkan aksi peperangan. Beberapa peralatan tentera seperti helikopter dan kereta perisai terpaksa dibeli yang akhirnya terpaksa dimusnahkan. Juga dari mana hendak dapat aktor-aktor yang boleh berlakun sebagai tentera USA. Untuk mendapatkan aktor sebagai orang Somalia tidak susah agaknya kerana gagak Afrika ramai di Kuala Lumpur.
Sekarang heboh di sana-sini mengenai bantahan kepada filem 'The Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad. Saya sendiri tidak tahu tentang mana yang dikatakan penghinaan itu. Cuma saya tahu kita tidak boleh melukis atau mengeluarkan gambar seolah-olah lukisan dan gambar itu ialah imej Nabi Muhammad.
Pengeluar filem satu dunia sudah tahu akan kesalahan itu. Tetapi inilah satu cara mereka untuk mencabar atau 'provoke' orang Islam. Tindakan kita hanya membuat bising membantah sambil membakar bendera. Itu saja.
Saya cadangkan jika orang bukan Islam boleh mencabar kita melalui pembikinan filem mengapa pula kita orang Islam tidak mencabar mereka dengan filem juga. Saya ada ternampak filem-filem Hollywood yang sama-sama diterbitkan atau 'co-produced' oleh orang Islam. Kenapa mereka ini tidak mengeluarkan filem-filem yang mencabar orang Kristian dan Yahudi, contohnya.
Orang Islam jutawan ramai dalam dunia ini terutama yang berbangsa Arab. Jika mereka boleh membeli kelab-kelab bolasepak kenapa tidak membeli studio filem. Lepas tu buatlah filem apa-apa pun.
Jika tidak jika kita orang Islam dicabar atau dihina kita hanya bertindak balas dengan berbuat bising dan membakar bendera dan gambar.
1 comment:
Kita mempunyai sumber asli dan kekayaan. Tapi kita pandai bercakap tanpa berani menitik peluh untuk kebaikan bangsa seugama.
Post a Comment