Inilah gambar tren ETS yang saya ambil pada bulan Mei 2011 yang lalu. Ia berlabuh di pletform 3 Stesen Keretapi Seremban. Di pletform itulah ia berlabuh apabila datang ke Seremban dua kali sehari. Tetapi mulai 1 Oktober 2012 tidak lagi, kerana KTM telah memberhentikan laluan ETS Ipoh - Seremban.
Dari mula lagi saya meragui sama ada mengadakan laluan ETS dari Seremban ke Ipoh dan sebaliknya adalah keputusan yang baik. Ini kerana sudah ada laluan KTM Komuter dari Seremban ke Tanjong Malim. Pillihan yang terbaik ialah menaiki KTM Komuter dari Sg. Gadut, Senawang atau Seremban hingga KL Sentral dan dari situ menaiki ETS ke Ipoh.
Ini ditambah lagi dengan adanya dua lebuhraya yang menghubungkan Seremban ke Kuala Lumpur. Jadi orang Seremban tidaklah harap sangat kepada ETS ini untuk ke utara. Fakta-fakta ini sepatutnya diambil kira oleh KTM sebelum menghantar ETS ke Seremban dulu.
No comments:
Post a Comment