Lokasi baru Pasar Tani, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
Semasa tinggal di tinggal di Taman Paroi Jaya dulu setiap pagi hari minggu isteri saya pergi ke Pasar Tani di tempat letak kereta Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang kebetulan cuma seratus meter dari rumah kami. Kadang-kadang saya menemaninya bersama. Sebenarnya sayalah yang mencadangkan kepada jabatan saya dulu, Majlis Perbandaran Seremban untuk mengadakan Pasar Tani di tempat letak kereta stadium setelah melihat keadaan yang sama di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor.
Tetapi apabila bersara dan berpindah ke Sikamat kami bersama-sama pergi ke Pasar Tani di Bandar Baru Ampangan setiap pagi Selasa. Tapaknya ialah tanah kosong di sebelah Pusat Penjaja Ampangan. Tetapi oleh kerana pusat penjaja itu sedang dibangunkan semula untuk 'menepati janji', pasar tani itu terpaksa berpindah.

Pagi tadi pasar tani itu berpindah ke lokasi baru, lebih kurang seratus lima puluh meter dari tapak lama. Tapak baru ini walau pun dari pengalaman saya lebih mesra pengguna, menyusahkan orang juga. Ini kerana ia dipindahkan ke tapak letak kereta rumah pangsa Bandar Baru Ampangan seperti gambar di atas. Semasa pasar tani beroperasi penghuni rumah pangsa dan tetamu mereka terpaksa meletak kereta jauh dari rumah mereka. Sudahlah rumah pangsa itu tidak mempunyai lif, sekarang mereka terpaksa meletak kereta jauh dari rumah pula.
Inilah satu pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan demi kemajuan. Atau dalam lain perkataan, demi 'menepati janji' pihak lain.
No comments:
Post a Comment