Friday, September 6, 2013

Kalau hendak menuduh tolong buktikan.

Pos ini saya tujukan kepada mereka yang suka menuduh tanpa bukti dan khas kepada yang memfitnah saya baru-baru ini.





ETS


KTM Komuter


ETS dengan kelajuan 149 km/h

KTM Komuter dengan kelajuan 118 km/h

Baru-baru ini saya ada memasukkan gambar keretapi ETS atau Electric Train Service yang sekarang ini digunakan untuk laluan KL Sentral - Ipoh dalam satu kumpulan Facebook saya. Apabila seorang ahli keliru antara ETS dengan KTM Komuter (laluan Rembau - Tanjong Malim), saya telah memberi penjelasan. Antara penjelasan saya ialah ETS boleh lari sehingga 160 km/h sedangkan KTM Komuter sehingga 110 km/h sahaja.

Tiba-tiba seorang ahli yang saya rasa cuba menjatuhkan imej KTM mengatakan kedua-dua tren tersebut tidak boleh lari lebih dari 110 km/h. Saya terus bertanya kepadanya adakah dia telah membuat apa-apa ujian? Dia jawab tidak, tapi diberitahu oleh kakitangan KTM sendiri. Saya hairan juga kenapa kakitangan KTM hendak menjatuhkan syarikat mereka sendiri.

Kebetulan saya ada mengambil gambar kelajuan tren ETS semasa saya menaikinya beberapa bulan yang lalu. Ia menunjukkan ETS lari 149 km/h. Bila saya masukkan gambar itu ke laman yang sama kawan tadi berkata ia mungkin berlaku semasa ujian bila tren itu kosong. Saya jawab itu bukan semasa ujian tetapi di larian biasa semasa saya menjadi penumpang dalam tren yang hampir penuh. Tak ada lagi komen selepas itu.

Kemudian saya ingin menguji kelajuan KTM Komuter pula. Alatnya ialah alat GPS Navigator yang saya biasa gunakan di kereta. Untuk kuasa saya gunakan 'power bank' telefon bimbit saya. Hasilnya ialah gambar di atas yang menunjukkan KTM Komuter boleh lari 118 km/h.

Saya telah membutikan tuduhan saya. Korang bila lagi?

1 comment:

Anonymous said...

Betul tuan,
ETS Design speed 160 km/j
Komuter 6 car Design speed 120 km/j.
Landasan dlm kawasan lembah klang 120 km/j
Landasan berkembar baru operating speed 140 km/j.