Tuesday, March 11, 2014

Apa lagi umat Islam di Malaysia mahu? - Bahagian 2

Adegan perkahwinan dalan filem The Deer Hunter

Saya terbaca satu blog di mana penulisnya menyatakan undang-undang Malaysia mengenai liwat dan hasutan asalnya undang-undang agama Kristian yang digunakan di England zaman dahulu. Oleh kerana negara kita pernah dijajah oleh England, undang-undang itu sama-sama menjajahi kita. Persoalannya kita sudah merdeka dan sudah moden. Kenapa undang-undang kuno dan bermula untuk penganut Kristian di England itu masih digunakan di sini. 

Sekarang di England sendiri pun banyak-undang Kristian lama tidak digunakan lagi. Contohnya undang-undang perkahwinan sejenis. Sehinggakan penyanyi Elton John yang nyata seorang gay membawa 'isteri'nya seorang lelaki di perkahwinan Putera Williams di gereja Westminster Abbey. Terdapat juga padri gay di gereja-gereja England.

Soalan saya pula mengapa kita persoalkan undang-undang lama yang tertulis itu, sedangkan banyak lagi amalan agama Kristian yang umat Islam bukan sahaja mengikutnya tetapi berbangga dengannya. Contohnya Valentine's Day, sehingga orang kita pandai-pandai menamakannya Hari Mengingati Kekasih. Salah satu akibatnya ialah statistik tangkapan khalwat untuk pasangan Islam meningkat di Valentine's Day. Saya tidak pasti sama ada disebut Hari Mengingati Kekasih dalam Al Quran. 

Baru-baru ini saya terperanjat melihat di TV satu perkahwinan pasangan Melayu Islam di mana pengantin perempuan mengamalkan satu amalan perkahwinan Kristian. Diakhir majlis yang diadakan di satu hotel (yang dengan sendiri sudah lari dari adat bangsa Melayu yang biasanya berkahwin di rumah) ia membaling rangkaian bunga yang dipegangnya ke kumpulan anak-anak dara yang menjerit dan mengilai seperti dirasuk hantu di belakangnya. Mengikut kepercayaan orang Kristian mana-mana anak dara yang berjaya mendapat rangkaian bunga itu, dialah yang akan kahwin seterusnya.

Adegan perkahwinan Kristian di mana pengantin perempuan membaling rangkaian bunga begitu boleh dilihat di filem-filem seperti The Deer Hunter dan Licence to Kill, di mana pengantin perempuan itu sengaja membalingnya ke James Bond yang kononnya pernah berkahwin tetapi membujang selepas isterinya dibunuh di hari perkahwinan mereka. 

Mungkinkah selepas ini di majlis perkahwinan orang Melayu Islam ada pesta tari menari-menari di mana pasangan pengantin bertukar-tukar pasangan menari?

No comments: