Monday, March 31, 2014

Orang naik kapalterbang, saya naik keretapi (Bahagian 4 - Makan di Restoran Mek Donal)


Selepas melawat Masjid Kristal di Kuala Terengganu kami pun bertolak ke Kota Bharu, Kelantan. Pemandu bas kami memberitahu jalan utama agak sibuk kerana sekolah bercuti, jadi beliau membawa bas menyusur jalan pantai. Oleh kerana saya pernah bekerja di Pasir Puteh dan Bachok, Kelantan pada tahun 1972 saya agak terekejut dengan kemajuan di kedua-dua Jajahan (bahasa Kelantan untuk Daerah) itu. Terutama sekali saya terkejut dengan kemajuan Daerah (bahasa Kelantan untuk Mukim) Kandis di Bachok. 

42 tahun dahulu cuma kenderaan pacuan empat roda atau 4WD yang boleh masuk ke Kandis yang dianggap satu tempat yang 'ulu' di Bachok. Saya tidak menyedari sehari selepas melalui Kandis dua orang murid remaja dari Pasir Mas mati lemas di satu pantai di Kandis. Mungkin mereka sedang berkelah semasa saya melalui kawasan itu.

Kami sampai di Wakaf Che' Yeh hampir Maghrib. Kerana tidak tahu apa hendak dimakan, saya pergi ke Restoran McDonald's di Wakaf Che' Yeh. Semasa masuk sahaja ke Negeri Kelantan saya tertarik dengan tulisan Jawi yang agaknya diwajibkan di papan-papan iklan di sana. Tetapi ada juga tulisan yang melucukan saya, contohnya McDonald's ditulis sebagai Mek Donal. Agaknya tidak ada perempuan Kelantan yang berenama Donal. Jika tidak syarikat Golden Arches terpaksa membayar royalti kerana menggunakan nama Cek Mek Molek ini.

Lawatan pertama kami di Kelantan ialah Pasar Siti Khadijah. Ada perkataan lain untuk Tembakau?

Di Pasar Siti Khadijah

 Tidak penuh seperti di gambar-gambar yang saya biasa lihat.

Antara yang dijual di Pasar Siti Khadijah.

Masih ada beca di Kota Bharu.

 Agaknya bunga-bunga itu untuk untuk melindung privasi penumpang.
Istana Jahar. Sekarang satu muzium. 

 Melintasi Sungai Kelantan dalam perjalanan ke Rantau Panjang.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang juga dikenali sebagai Masjid Beijing. 

Pasar Besar Rantau Panjang

Stesen Keretapi Tumpat.

Nak balik.

Tempat tidur dalam tren.

 Sekali lagi berhenti lama di Jerantut.

 Mereka tertidur menunggu tren.

Mereka yang di atas tren juga tidur.

Tren dari selatan sudah sampai, 6725.

Kami sudah sampai ke Bahau tetapi Hj. Yusof meneruskan perjalanan ke Gemas.

 Kerja-kerja merobohkan stesen keretapi lama Bahau hampir selesai.


Tinggal bangkai. 


Semasa pembaca membaca pos ini melainkan ada perkara yang tidak berlaku stesen keretapi lama Bahau sudah licin dirobohkan.

Sekianlah cerita bersiri saya melancong ke Kelantan dn Terengganu menaiki keretapi.

No comments: