Na na na na na na na Hey Ju......Oooops, Ya Hanana, Ya Hanana........................
- Semasa kumpulan The Beatles masih membuat persembahan dulu ada satu perkara yang berulang semasa mereka menyanyikan lagu Twist and Shout (yang sebenarnya bukan ciptaan mereka). John Lennon ketua mereka akan berkata "Those on the cheaper seats please clap your hands" atau "Kamu yang duduk di kerusi murah tolong tepuk tangan". Kemudian dia menambah "The rest of you just rattle your jewelry" atau "Yang lain (yang duduk di kerusi mahal) cuma goncang perhiasan (emas permata) mu".
- Setiap kali Paul McCartney (bekas ahli The Beatles) menyanyikan lagu Hey Jude dia akan menjemput hadirin menyanyi sama "Na na na na na na na, Hey Jude". Contohnya semasa penutup sukan Olimpik di London dua tahun yang lepas. Sebenarnya lagu asal Hey Jude dirakamkan oleh The Beatles. Tetapi semasa itu mereka tidak membuat persembahan lagi. Oleh itu tidak ada peluang untuk mereka meminta penonton mereka menyanyi sama.
- Setiap kali kumpulan Deep Purple menyanyikan lagu Smoke On The Water di depan penonton, mereka akan meminta penonton menyanyi sama "Smoke on the water, fire in the sky".
Baru-baru ini saya ada melihat video Ya Hanana di mana hadirin yang rata-rata Melayu Islam bertepuk tangan, menyanyi dan menari sama mengikut kumpulan penyanyi di pentas. Cuma tidak ada yang menggoncang perhiasan mereka.
Saya tidak mahu menyatakan sama ada tindakan itu betul atau salah. Cuma ia meniru perkara yang pernah dan selalu dilakukan oleh penyanyi-penyanyi dari barat seperti contoh-contoh yang saya berikan.
Saya tidak mahu menyatakan sama ada tindakan itu betul atau salah. Cuma ia meniru perkara yang pernah dan selalu dilakukan oleh penyanyi-penyanyi dari barat seperti contoh-contoh yang saya berikan.
Bukankah meniru itu pujian yang terbaik?
No comments:
Post a Comment