Wednesday, November 12, 2014

Bila sudah dapat rotan bertuah, akar masih ada gunanya.

Saya perhatikan sekarang apabila kerajaan membuat pembanguan baru bangunan-banguan lama dirobohkan. Contohnya seperti berikut:
  1. Bangunan-bangunan pejabat dan rumah kerajaan yang lama dirobohkan untuk mendirikan Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan di Seremban, Negeri Sembilan.
  2. Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan dirobohkan dan digantikan dengan apa yang dinamakan Galeri Tuanku Jaafar yang masih belum dibuka.
  3. Rumah Tetamu Kerajaan Negeri Sembilan dirobohkan dan diganti dengan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Negeri Sembilan.
  4. Satu gimnasium, beberapa rumah kakitangan guru dan empat blok asrama Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) Tanjong Malim, Perak, di mana saya bersekolah menengah, dirobohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan baru Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Syukur juga bangunan-bangunan lain seperti blok-blok pentadbiran dan kelas dikekalkan, walau pun untuk tujuan lain.
Seolah-olah pihak berkuasa mengamalkan peribahasa Melayu 'Sudah dapat rotan bertuah, akar tidak berguna lagi'.

Tetapi ada juga pihak berkuasa yang tidak mengamalkan peribahasa itu, contohnya Kementerian Kesihatan seperti contoh-contoh berikut:
  1. Banyak bangunan lama Hospital Besar Seremban masih dikekalkan walau pun satu hospital baru dibina lebih 40 tahun yang lalu dan sekarang diberi nama Hospital Tuanku Jaafar.
  2. Bangunan yang asalnya digunakan sebagai Klinik Pesakit Luar di Jalan Lee Sam, Seremban masih kekal setelah beberapa kali bertukar status kegunaan. Sekarang ia menjadi Pejabat Kesihatan Seremban. Saya pernah bekerja di banguan ini selama lebih setahun.
  3. Bangunan-bangunan lama Pusat-pusat Kesihatan Merlimau, Melaka dan Juasseh, Negeri Sembilan masih kekal walau pun telah diganti  dan diberi nama baru Klinik Kesihatan di lokasi lain.
Dengan harapan yang sama saya telah melawat tempat-tempat di mana saya pernah bertugas di negeri Kelantan 42 tahun yang lalu. Jelas saya tidak dihampakan seperti gambar-gambar berikut. 

Saya di sudut kuarters di Pusat Kesihatan Kechil Bachok, Kelantan pada awal tahun 1972. Kuarters itu bukan dikhaskan untuk jawatan saya dan saya juga tidak sepatutnya ditempatkan di sini. Saya dipindahkan ke Pasir Puteh, Kelantan tidak berapa lama selepas ini.

Saya di tempat yang sama baru-baru ini. Kuarters ini tidak berpenghuni buat masa ini. Itu sebab agaknya tong sampahnya diterbalikkkan.




Pantai Irama, Bachok pun sudah berubah. Sudah ada Restoran Ke Ef Si pandu lalu di situ.


Untuk mengetehui lebih lanjut pengelaman saye bekerja di Bachok sila lihat di sini.



Saya di tepi kuaters saya di Pusat Kesihatan Besar, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1972. Ia menjadi kuarters sehingga beberapa tahun yang sudah.

Ini pula saya di tempat yang sama beberapa hari yang lepas. Rumah saya ini dan rumah yang berkembar dengannya telah dijadikan sebahagian Pejabat Kesihatan, Pasir Puteh.

 Saya termenung di depan rumah pada tahun 1972.


Saya berdiri di tempat yang sama baru-baru ini, cuma kali ini tidak termenung.


Saya sengaja bergambar dengan isteri sambil menyatakan rumah inilah sepatutnya menjadi rumah pertama kita, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Ini pandangan rumah saya sekarang dengan kembarnya. Sambungan atap merah itu baru diletakkan beberapa tahun yang lalu.

Ini bilik tidur saya dulu di mana saya kesunyian pada waktu malam. Ia sekarang menjadi bilik pejabat menempatkan seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Ini ruang tamu saya dulu di mana saya menonton TV di waktu malam, kadang-kadang ditemani kakitangan bawahan saya. Sekarang ia menjadi pejabat menampatkan beberapa Ponolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Saya merasa bangga rumah ini menempatkan mereka yang sama jawatan dengan saya.

 Ini pejabat saya dulu, sekarang dijadikan klinik sepenuhnya.


Untuk mengetahui pengalaman saya bekerja di Pasir Puteh sila klik di sini dan di sini.

1 comment:

Unknown said...

Wah...u are so lucky......all the old places u stayed in still around in Kelantan.Its good to keep at least some of the old buildings.....part of the areas history and a place of memories for the older generation. Just imagine u show these places to your kids and grand kids....they will also one day hope to see their own places preserved.
I too must start going to Mentakap, Bagan Serai and the other places where my father was working as the station master. Hope the quarters are still there...
You must have felt so happy taking picts of places you stayed in when u were a batchelor.