Friday, February 20, 2015

Antara Tom Hagen dan Shafee Abdullah.

am 
Robert Duvall (Tom Hagen) dan Al Pacino (Michael Corleone) dalam filem The Godfather Part II.

Dalam filem The Godfather, seorang bernama Virgil Solozzo cuba membunuh Vito Corleone atau Godfather kerana tidak bersetuju melindunginya mengedar dadah. Tetapi walau pun ditembak lima kali Vito tidak mati dan menerima rawatan di hospital di mana sekali lagi Solozzo cuba membunuhnya. Di hospital juga Michael, anak bongsu kepada Vito ditumbuk sehingga cedera oleh seorang kapten polis bernama Mark McCluskey. 

Kemudian keluarga Godfather berbincang untuk membunuh Solozzo. Masalahnya Solozzo telah melantik McCluskey menjadi 'bodyguard'nya secara 'part-time'. Micahel mencadangkan supaya McCluskey dibunuh sama. Tom Hagen, iaitu peguam kepada keluarga Corleone membantah pada mulanya kerana membunuh polis adalah tindakan terlarang yang akan membuatkan seluruh polis memerangi mereka. Juga keluarga Mafia lain akan memulaukan mereka.

Michael yang mempunyai dendam peribadi kerana dicederakan menjawab, ia akan membunuh seorang pegawai polis yang terlibat dengan rasuah dan pengedaran dadah. Orang-orang upahan mereka di akhbar-akhbar boleh menyiarkan cerita ini yang akan menjadi satu 'terrific story'. Hagen pun bersetuju dan kemudian Michael membunuh Solozzo dan McCluskey sekali gus.

Michael kemudian melarikan diri ke Sicily, Italy dan tinggallah Tom Hagen untuk membersihkan nama keluarga Corleone atau Godfather. Hagen telah menggerakkan kawan-kawannya di akhbar-akhbar untuk menceritakan keburukan McCluskey, kapten polis yang dibunuh. McCluskey yang sudah mati sudah tentu tidak boleh buat apa-apa. Ekoran itu redalah pandangan serong terhadap keluarga Corleone dan pembunuhan McCluskey dianggap wajar.

Saya difahamkan salah satu sebab filem The Godfather diharam tayang di Malaysia ialah kerana tema pembunuhan pegawai polis tersebut.     

Sekarang saya pergi ke Tan Sri Shafee Abdullah, pendakwa dalam kes rayuan liwat Dato' Seri Anwar Ibahim terhadap Saiful Bukhari Azlan. Ramai yang mencemuhnya sekarang kerana menyiarkan secara teliti diakhbar-akhbar akan keburukan Anwar Ibrahim dalam kes liwat ini.

Bagi saya, sama seperti Tom Hagen, Shafee Abdullah hanya menyebarkan kewajaran Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun. Dia juga sedang cuba membersihkan pandangan serong terhadaap badan kehakiman. Seperti katanya, dia cuma menjalankan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Majlis Peguam Malaysia. Seperti Kapten Mark McCluskey yang sudah mati, Anwar Ibrahim juga tidak boleh buat apa-apa kerana dia berada dalam penjara.

Michael Corlone kemudian menggantikan bapanya menjadi The Godfather. Dalam filem The Godfather Part III di mana dia cuba dibelot, dia telah membuat kenyataan 'Politics and crime, they are the same'. 

Dalam bahasa Melayu, poltik dan jenayah adalah sama.

No comments: