Kes Pertama:
Seperti biasa bila tiba musim Raya anak-anak jiran berkunjung ke rumah saya. Tujuan mereka cuma satu, iaitu untuk dapat duit raya. Satu hari tu seorang dari mereka yang berumur lebih kurang lima tahun datang tanpa memakai baju. Saya terus mengarahkannya balik dan datang semula dengan memakai baju.
Kes Kedua:
Beberapa tahun sebelumnya, saya menjadi aggota kawad jabatan di mana kami selalu menang dalam perarakan Hari Merdeka. Salah satu keistimewaan kami ialah dianggotai dari berbagai peringkat umur, bangsa, lelaki dan perempuan.
Seperti biasa bila tiba musim Raya anak-anak jiran berkunjung ke rumah saya. Tujuan mereka cuma satu, iaitu untuk dapat duit raya. Satu hari tu seorang dari mereka yang berumur lebih kurang lima tahun datang tanpa memakai baju. Saya terus mengarahkannya balik dan datang semula dengan memakai baju.
Kes Kedua:
Beberapa tahun sebelumnya, saya menjadi aggota kawad jabatan di mana kami selalu menang dalam perarakan Hari Merdeka. Salah satu keistimewaan kami ialah dianggotai dari berbagai peringkat umur, bangsa, lelaki dan perempuan.
Oleh kerana jabatan kami tidak putus-putus menerima penuntut institut pengajian tinggi (IPT) untuk menjalankan latihan praktikal, mereka juga kami pelawa menjadi anggota kawad. Sudah tentu mereka suka kerana mendapat pakaian percuma dan sebagainya.
Di satu tahun itu ada seorang penuntut perempuan India menyertai pasukan kawad kami. Dia giat berlatih bersama-sama kami, tetapi di saat-saat akhir menarik diri. Sebabnya ialah di Hari Merdeka yang sebenar dia terpaksa memakai pakaian bertudung. Dia tidak ada masalah memakai tudung untuk sehari itu sahaja, tetapi keluarganya tidak membenarkan kerana menganggap tudung ialah pakaian untuk orang Islam atau pun satu pakaian keagamaan.
Saya membangkitkan dua kes itu ekoran seorang perempuan Cina yang datang ke satu pejabat JPJ dengan pakaian bermula di atas lutut dan dipinjamkan sehelai kain sarong untuk menutupnya. Kemudian dia seolah-olah memperlekehkan pemberian kain sarong itu.
Seperti kes pertama di mana kita mahu sesiapa yang datang ke rumah atau pejabat kita berpakaian bersopan, ada juga diantara kita yang sensitif dengan pakaian seperti kes kedua itu. Contoh lain ialah perempuan Melayu tidak mahu memakai sari kerana menampakkan perut. Begitu juga kita sensitif jika lelaki Melayu diminta memakai seperti Santa Claus di musim Krismas.
Mungkin itulah perasaan perempuan Cina itu. Dia tahu dengan memakai sarong dia lebih bersopan, tetapi mungkin menganggap kain sarong bukan pakaian untuk bangsanya, Sehingga dia menulis 'Saya tidak tahu hendak ketawa atau mengangis'.
Kalau saya berada di tempat kakitangan Rela yang memberikannya kain sarong itu saya tidak akan memberikan dia apa-apa pakaian alternatif. Saya akan suruh dia pulang dan datang semula dengan pakaian yang lebih sopan.
Oh ya, beberapa hari lepas sebelum isu kain sarong ini keluar, Ustaz yang memberi kuliah di surau saya berkata pakaian perempuan Cina di Malaysia mengalahkan orang Hong Kong. Tentu Ustaz itu bercakap benar, kerana dia baharu sahaja balik dari sana.
1 comment:
"Bila Hati Telah Hitam" - belas ikhsan.. di balas dengan cercaan... berpakaian bukan lagi jadi keutamaan.... pakaian seksi sudah jadi pakaian harian... tapi menutup aurat .. orang jadi hairan...
Ye Allah Kita tidak nampak... Nabi pon kita tidak pernah tersermpak... tapi bukankah bila kita ucap syahadah... kita perlu akui 5 + 6 perkara ? atau sudah tiada ? gilaaa....
Ingatlah hidup ini ada akhirnya... tak percaya hukum akhirat ? tak mengapa... bila dah sampai sana... nak pusing balik pon ke dunia pon tak dapat... bukan nak takutkan.. cuma nak saling ingat mengingat...
"Bila Hati Telah Hitam" .. teguran kearah kebaikan dianggap macam penghinaan.... habis nak biarkan sahaja ? dunia dunia....
Post a Comment