Saturday, September 13, 2014

Kenapa selalu bocor?


Sekarang hebat diceritakan mengenai dua kertas peperiksaan UPSR tahun ini bocor. Apa dia UPSR tak payahlah saya terangkan. Saya tidaklah hendak menuduh siapa yang membocorkannya. Saya cuma hendak memberi pendapat peribadi saya kenapa ia bocor. Sebab tiga hari yang lepas saya mendapat petunjuknya.

Tiga hari lepas saya ada mengambil gambar papan tanda jalan di satu jalan utama di Seremban (saya kemudian mendapat tahu papan tanda jenis itu dipanggil 'gantry'). Saya dapati ada kesilapan di papan tanda itu. Saya pun pos gambar itu ke akaun Facebook persendirian saya dan dua kumpulan yang saya sertai. Satu kumpulan terdiri kebanyakannya dari orang-orang Melayu dan yang satu lagi kebanyakannya bukan Melayu. 

Saya sertakan gambar itu dengan kenyataan ada sedikit kesilapan di papan tanda itu dan meminta mereka menncari kesipalannya. Saya ingin melihat bagaimana mereka boleh mencari jawapan kepada soalan itu, kerana jawapannya boleh didapati dengan melayar internet.

Kumpulan pertama (Melayu) bertanya adakah hadiah untuk soalan saya itu. Bila saya jawab tak ada hadiah, cuma hendak menguji minda, mereka terus meminta saya memberi jawapan. Bila saya jawab carilah sendiri mereka marah-marah. Ada yang berkata ini bukan cara untuk mengajar remaja (mereka fikir mereka masih remaja).  Ada pula yang menyinggung saya dengan berkata saya tidak mengalamai zaman remaja.

Berbeza dengan kumpulan kedua (bukan Melayu). Tidak apa seorang pun bertanyakan hadiah. Mereka melayar internet dan terus mendapat jawapannya.

Dari sinilah saya mendapat petunjuk kenapa soalan peperiksaan kita selalu bocor. Berani saya katakan yang berharap sangat kepada kertas soalan bocor ini ialah orang Melayu. Meraka malas belajar, malas membaca dan malas melayar internet untuk mendapatkan bahan-bahan ilmiah. Mereka ingin lulus periksa dengan cemerlang melalui kertas periksa bocor.

Lain pula dengan golongan bukan Melayu. Mereka rajin belajar, rajin membaca dan rajin melayar internet untuk mendapatkan bahan-bahan ilmiah. Saya selalu menaiki KTM Komuter dan saya perhatikan yang banyak membaca sambil menunggu tren dan menaiki tren ialah remaja bukan Melayu. Remaja Melayu asyik melayan Facebook, We Chat, Telegram dan entah apa lagi.

Sekian.   

1 comment:

Muhammad Asnawi said...

setuju sngat dgn artikel ni.handphone skrg seolah-olah menjadi satu barang peribadi yg tdk boleh dilepaskan drpd tangan remaja.