Malam tadi saya menegur seorang kawan baik saya yang jelas jahil politik. Ini kerana dia meramalkan seorang yang bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan menjadi Menteri Besar negeri itu menggantikan Menteri Besar sekarang yang sudah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya.
Alasannya kerana tidak meminati politik. Tetapi saya jelaskan kepadanya sekurang-kurangnya dia kena ambil tahu juga sebagai pengundi. Contohnya siapa yang bertanding sebagai ADUN boleh menjadi Menteri Besar dalam negeri di mana dia bertanding dan siapa yang bertanding sebagai Ahli Dewan Rakya boleh menjadi Perdana Menteri.
Saya sudah bertekad tidak mahu menulis mengenai politik, tetapi krisis Menteri Besar Selangor membuatkan saya terpanggil untuk menulis sesuatu. Apatah lagi sebulan dulu saya bersalaman dengan Menteri Besar Selangor beberapa jam sebelum dia dipecat dari partinya. Beberapa saat sebelumnya pula saya bersalaman dengan DYMM Sultan Selangor, iaitu satu-satunya orang yang boleh melantik Menteri Besar Selangor.
Saya tidak mahu menulis mengenai sejarah krisis Menteri Besar Selangor ini, kerana kebanyakan orang sudah mengetahuinya. Di sini juga saya tidak mahu menulis secara spesifik akan nama-nama mereka dan parti yang terlibat dalam krisis ini.
Saya mengikuti krisis ini kerana beberapa sebab. Pertama, arwah ayah saya berasal dari Kuala Selangor. Kedua, ketiga-tiga menantu saya dilahir dan dibesarkan di Selangor, sehingga seorang menantu dan anak saya sekarang menetap secara kebetulan dalam daerah Kuala Selangor.
Cerita semasa krisis Menteri Besar ini ialah Presiden kepada sebuah parti yang terlibat dalam pencalonan nama-nama untuk menjadi Menteri Besar Selangor tidak bersetuju kepada pencalonan seorang ADUN perempuan. Ini mengingatkan saya kepada di satu malam lebih dua puluh tahun yang lalu.
Di malam sebelum Pilihanraya Umum lebih dua puluh tahun yang lalu saya mendapati ada satu risalah dalam kotak surat rumah saya. Walau pun risalah itu tidak menyebut nama pengirim atau pihak (parti) yang diwakilinya, ia jelas satu kaedah kempen untuk Pilihanraya yang akan berlangsung beberapa jam lagi.
Risalah itu menulis tentang hadith yang mengatakan orang perempuan tidak boleh menjadi pemimpin. Tambah risalah itu lagi sesiapa yang mengundi calon wanita di Pilihanraya akan datang akan membuat dosa. Kebetulan di kerusi ADUN di kawasan saya ialah perlawanan satu lawan satu antara seorang perempuan yang mempertahankan kerusinya dengan seorang lelaki.
Sudah tentu risalah itu datangnya dari calon lelaki tersebut. Pertama partinya belum ada mencalonkan calon wanita di mana-mana Pilihanaya dalam negara ini. Tetapi sama ada risalah itu datang darinya secara peribadi atau dari partinya saya tidak pasti. Kedua jika risalah itu datangnya dari calon perempuan itu ini bermakna dia hendak membunuh kerjaya politiknya sendiri. Dipendekkan cerita calon wanita itu menang. Antara yang dianggap telah berdosa ialah saya sendiri.
Oleh itu apabila seorang Presiden parti tidak bersetuju terhadap pencalonan seorang ADUN perempuan untuk menjadi Menteri Besar Selangor saya teringat risalah yang saya terima lebih dua puluh tahun yang lalu.

No comments:
Post a Comment