Wednesday, October 10, 2012

Ini bukti kami dianaktirikan



Ekoran dari pos saya sebelum ini saya lampirkan surat yang membolehkan Pesara Awam Persekutuan mendapat bekalan alat perubatan percuma tanpa membelinya dahulu dan menuntut bayaran balik kemudian. Sila klik di sini.

Walau pun peraturan baru itu memudahkan Pesara Awam Persekutuan dalam urusan perubatan ia boleh menimbulkan beberapa soalan. Pertama ia memberi monopoli kepada syarikat yang dilantik oleh kerajaan itu dalam pembekalan alat perubatan.

Saya bukanlah pandai dalam bidang perniagaan tetapi saya rasa peraturan ini berat sebelah. Syarikat yang dilantik itu boleh mengenakan harga yang mereka suka. Mereka tahu mereka tidak ada lawan dalam perniagaan ini. Ini kerana jika ada Pesara Awam Persekutuan yang mendapatkan bekalan alat perubatan yang lebih murah di tempat lain surat pekeliling itu menjelaskan mereka tidak boleh menuntut bayaran balik. Duit mereka akan hangus begitu sahaja.

Kedua ia tidak adil kepada pesara yang bukan Pesara Awam Persekutuan termasuk saya. Saya ulangi adalah sukar bagi seorang yang menerima pencen bulanan sebanyak RM 1000 sebulan untuk tiba-tiba menyediakan duit sebanyak RM 600 untuk membeli alat perubatan walau pun mereka boleh menuntut bayaran balik.

Dalam bidang perubatan masa boleh menentukan hidup atau mati. Oleh itu dimanakah keadilan untuk mereka ini?

No comments: