Itu arwah emak saya yang sedang memerah santan kelapa di satu persediaan kenduri. Foto diambil semasa saya masih bujang.
Saya seorang 'loner'. Saya merasa kurang selesa bila berada di kumpulan lebih dari dua orang. Walau pun saya sedar akan sikap saya ini dari kecil lagi, belum ada orang yang memberi komen begitu hinggalah baru-baru ini bila seorang rakan pesara saya menulisnya di kumpulan WhatsApp kami.
Semasa berlatih di Japan pada tahun 2004, saya habiskan masa di hujung-hujung minggu untuk menjelajah seluruh Bandaraya Fukuoka seorang diri. Kefasihan saya berbahasa Inggeris cukup membantu.
Semasa mengerjakan Haji juga, jika saya tidak ke Masjid Nabawi dan Masjidiul Haram bersama isteri, saya suka merayau seorang diri. Semasa di Arafah dan Mina bila tidak membuat Rukun-Rukun Haji, saya suka merayau di khemah-khemah Haji.
Semasa kecil emak saya suka membawa saya ke majlis-majlis kenduri di kampung, termasuk ke majlis persediaan. Semasa persediaan emak akan menyuruh saya 'duduk ontok-ontok' di halaman rumah sedangkan dia naik ke atas menolong tuan rumah. Dia berharap saya akan bermain dengan kawan-kawan sebaya dan melupakannya dalam tempoh itu.
Tetapi saya ini jenis yang tidak suka berkawan. Saya membuat hal saya sendiri. Sekali sekala saya akan memandang ke atas rumah mencari emak. Bila kelibatnya nampak, hati saya lega sekejap. Tetapi bila emak agak lama tidak kelihatan membuat saya berfikir macam-macam.
Antara yang dibuat jiran-jiran semasa persediaan kenduri ialah memotong daging dan ayam. Disinilah saya memikirkan yang bukan-bukan. Antaranya ialah emak saya sudah disembelih. Seterusnya saya berfikir antara daging dan ayam yang dipotong ialah daging emak saya.
Kerana sifat pediam, saya malu hendak bertanya kepada orang-orang dewasa di situ di mana emak saya dan apa yang sedang dibuatnya. Hendak menangis terasa malu. Akhirnya saya berdiam diri sedangkan hati saya cuma Allah yang tahu.
Akhirnya bila emak turun dan mengajak saya pulang, barulah saya lega. Rupanya emak saya tidak diapa-apakan.
Bila saya sudah bersekolah dan berakal panjang, barulah saya tahu tidak mungkin emak saya diapa-apakan. Tetapi saya tetap dengan sifat saya suka bersendiri.
Tetapi emak saya tidak perlu bimbang dengan sifat saya itu. Ini kerana walau pun dia buta huruf, dia tahu membaca angka. Dia juga tidak buta warna. Dia tidak pernah nampak warna merah di Buku Kemajuan sekolah saya. Di peperiksaan pula kedudukan saya nombor 1 dalam kelas. Jarang-jarang saya dapat nombor lebih dari itu.

No comments:
Post a Comment