Saya bersekolah menengah di Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjong Malim, Perak di tahun-tahun 1962-1967. Pada tahun 1972 sekolah ini berpindah ke Jalan Sikamat, Seremban. Pada tahun 2002 sekolah ini berpindah sekali lagi ke Sungai Gadut, Seremban juga.
Bangunan di Tanjong Malim itu diserapkan kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang sekarang sudah dinaik taraf menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pada 4 Jun 2009 saya telah melawat semula tapak lama sekolah saya seperti gambar-gambar berikut:-
Inilah Jalan Maktab, Tanjong Malim yang menjadi jalan yang menghubungkan sekolah saya ke dunia luar. Di atas jalan inilah di mana saya berjalan kaki ke Masjid Jamik Tanjong Malim untuk bersolat Jumaat. Saya juga menggunakan jalan ini untuk ke pekan Tg. Malim pada hujung minggu. Apa yang jelas sekarang ialah jalan ini sunyi. Jalan utama ke Universiti Pendidikan Tanjong Malim (UPSI) juga sudah dipindahkan ke sebelah utara.
Ini pandangan Jalan Maktab menghala ke pekan Tanjong Malim. Bangunan yang nampak itu ialah Ibusawat Telekom Tg. Malim. Dulu itulah tapak Pejabat Pos Tg. Malim di mana saya menyimpan duit selain membeli setem untuk menghantar surat ke kampung. Nampak juga digambar sebuah keretapi 'shuttle' laluan Kuala Lumpur - Ipoh sedang meninggalkan Tanjung Malim.
Inilah satu-satunya bukti yang mengatakan jalan ini bernama Jalan Maktab. Sebelum ke sini saya telah menalipon seorang pegawai UPSI dan saya bertanya kepadanya 'Bolehkan saya masuk melalui Jalan Maktab?' Dari jawapannya dia seolah-olah dia tidak tahu ada satu jalan bernama 'Jalan Maktab' di Tanjong Malim.
Sebuah rumah kerajaan yang sudah ditinggalkan di Jalan Maktab. Rumah ini tidak berubah dari masa saya melihatnya kali terakhir dulu. Kelihatan di belakang jambatan motosikal merintasi landasan keretapi berkembar. Jambatan itu jambatan baru.
Beberapa lagi rumah kerajaan yang tidak didiami lagi di Jalan Maktab.
13 comments:
Tn Hj,
Tahniah Tn Hj atas lapuran dan gambar2 menarik yang tn hj rakamkan. Allahyarham Aminuddin Baki ialah Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia kemudian diambil alih oleh Tun Hamdan Tahir,
Itulah sedikit pandangan yang dapat saya berikan.
Muhammad Abdullah A
Sg Jelok
السلام عليكم
سجق كلوار دري سدر ڤد تاهون 1965
ساي سمڤت ملاوت سدر ڤد 2003
مغايمباو كناغن 44تاهون منيغكتكن سدر
Haji Maskun Sarnan
Rumah Temenggung
1964-1965
Assalamualaikum.
Saya di SDAR dari tahun 1964-1965 saja.Masuk Form 4.Rumah Temenggong Dorm Atas . Bed paling tepi bersetentangan dengan Shukur Nordin
yang buat gitar solid sendiri. Bertemu beliau pada tahun 1970an Keptan di Kem Tentera Seberang Takir Terengganu.
Pernah sekali melawat tapak SDAR pada tahun 2003.
Setakat ini saya bukan SDARIAN.
MASKUN SARNAN
Pontian Johor.
Tn Hj Maarof
Foto-foto yang saudara paparkan
membawa saya kepada nostalgia tempat kita dilentur menjadi manusia. Saya terkilan sekali mendapati rumah saya Rumah Shahbandar telah dirobohkan untuk
tujuan pembangunan universiti.Kekesalan kerana tidak sempat mengambil gambar-gambar yang
boleh diabadikan padahal saya pernah bertugas di MPSI selama dua
tahun. Usaha saudara walaupun agak
terlambat amat baik sekali"better late than never".Tak sempat saya hendak dokumenkan artifek-artifek utama di sana.
Terima kasih.
Abdullah Junus
salam tuan..
sungguh seronok membaca catatan perjalanan tuan mengenai tanjong malim.. saya lepasan UPSI dan ini lah baru saya tahu sebahagian dari bngunan di UPSI adalah warisan dari SMDAR... satu info yang baik dari orang lama kepada orang baru... sudilah menjejak ke blog saya di http://indahrasajmalim.blogspot.com
saya sdarian 2002-2006..bru tau upsi tpak skolah SDAR dulu..time kasih atas info..
Ayah saya ex SDAR 63/64
Ayah saya Ishak b. Hj Nor ex SDAR 63/64
Assalam Tuan,
Saya pelajar SDAR batch 2000-2004. Saya sempat merasai kehidupan di Sikamat dan di Sungai Gadut. Post tuan tentang SDAR amat menarik hati saya untuk mendalami sejarah sekolah sendiri yang banyak berpindah di pelbagai tempat. Semoga usaha tuan diberkati Allah.
Menarik Bang...sejak saya meninggalkan sdar sikamat pada tahun 1985, belum sekali saya menjejakkan kaki saya disana tetapi sdar sikamat tetap mendapat tempat yang paling istimewa di hati saya sehingga kini!
Nice info bang. Tahniah. Once a Sdarian, always a Sdarian.
Sdarian 8488
Kawan saya Penghulu manaf dari luit maran pahang bekas Pelajar sini dlm tahun1964 telah meninggal dunia pada July 2016
Mengalir airmata melihat SDAR Tg Malim. Disinilah aku memulakan persekolahanku dan membawa harapan orangtuaku. Dan masih segar ingatanku blok2 asrama, dewan makan, dewan Rahman Talib, Jim, bilik darjah (kuliah?) dll. Segala peristiwa pahit manis jadi kenangan, yg kemudiannya disambung oleh anakku diSikamat N9. Alhamdulillah dialah penyambung hayatku (batch9296) diSDAR. Berilmu utk Berjasa.
Post a Comment