Awek-awek seksi, caddy zaman ini.
Dulu di pejabat saya ada seorang pegawai yang tidak suka main golf. Bukan setakat tidak suka main, tetapi dia mempersendakan siapa-siapa sahaja yang menghabiskan masa main golf. Pernah ada seorang ustaz memberi ceramah di pejabat di mana saya dan pegawai ini sama-sama hadir. Ustaz itu kemudian memberitahu apabila azan Maghrib berkumandang ramai diantara kita masih asyik main golf. Pegawai ini ketawa berdekah-dekah bila ustaz ini menyebut itu, sedangkan hadirin lain termasuk yang biasa main golf berdiam diri sahaja.
Memang benar kelab golf di Paroi, Seremban itu terletak di sebelah satu masjid. Apabila azan dilaungkan sesiapa yang berada di padang golf tentu terdengar. Tetapi untuk berlaku adil masjid itu juga bersebelahan dengan stadium dan pusat akuatik (nama glamor untuk kolam renang) utama Negeri Sembilan.
Saya sendiri pernah menjadi ahli kelab golf tersebut, walau pun saya juga tidak main golf. Tujuan utama saya menjadi ahli ialah untuk saya dan ahli keluarga berenang di kolam renang kelab itu. Tetapi apabila pusat akuatik itu dibina saya berhenti dari menjadi ahli kelab golf dan berenang di pusat akuatik itu sahaja. Kebetulan saya juga tinggal berhampiran dengan kelab golf, masjid, stadium dan pusat akuatik yang saya sebut tadi.
Pekerja-pekerja rendah am (nama glamor untuk buruh) saya pun ada yang menjadi caddy separuh masa di kelab golf tersebut. Awal-awal lagi mereka memberitahu supaya tidak diminta untuk bekerja lebih masa kerana mereka petang-petang pergi 'memikul' di kelab golf. Apa yang dipikul ialah beg golf yang mengandungi kayu golf dan sebagainya.
Berbalik kepada pegawai tadi. Beberapa tahun kebelakangan ini tiba-tiba sahaja dia menjadi ahli kelab golf tersebut dan gila bermain golf. Jika dahulu dia balik lewat dari pejabat, tetapi kali ini tidak. Dia balik tepat pada masanya dan terus ke kelab golf untuk bermain golf. Perkara ini menjadi topik hangat juga di pejabat kerana sikapnya yang anti golf selama ini.
Dua hari lepas saya di minta menjadi juru gambar kepada satu pertandingan golf di satu kelab golf (bukan kelab yang saya nyatakan di atas). Syukur juga saya ada kenalan (bukan pegawai yang saya sebut) yang juga kaki golf. Saya pun mendapat idea apa-apa gambar yang harus saya ambil.
Di situ juga saya terperanjat apabila melihat boleh dikatakan semua caddy ialah perempuan. Bukan perempuan biasa, tetapi awek (panggilan yang lebih tepat untuk mereka) Indonesia berpakaian ketat dan seksi. Yang Islam sudah tentu tidak menutup aurat. Sila lihat gambar di atas.
Tetapi mereka tidak perlu memikul, kerana buggy (panggilan untuk kereta golf) disediakan. Sebagai jurugambar saya pun diberi buggy sendiri. Habis satu padang golf saya rayau, sehingga saya diberi dua buggy kerana buggy pertama habis bateri.
Juga habislah peluang untuk bekas pekerja-pekerja saya untuk menjadi caddy separuh masa. Tetapi sekarang mereka boleh buat kerja lebih masa.
Tetapi bagi pegawai yang saya sebut tadi dan ramai lagi golfers di sana caddy era baru yang terdiri dari awek-awek seksi mungkin menjadi tarikan untuk mereka gilakan golf.
3 comments:
Memang betul ada kalanya bermain golf berakhir dalam waktu maghrib. Samada caddy ala baru membawa tarikan tidahlah saya tahu kerana zaman saya menggila main golf semua caddy lelaki dan banyak kali bermain tanpa caddy, tarik beg golf sendiri. Sudah 25 tahun berhenbti main. Saya rasa tuan dari generasi yang lebih maalum .
Harapnya tidaklah caddy ala baru menjadi tarikan kerana saya percaya permainan ini sesuai hingga keperingkat tua.
Assalam
Dulu suami saya.org yg paling enti dan paling x suka golf.Shinggakan terkeluar dr.mulutnya sendiri golf itu permaiann yg bodoh.Tapi sejak berjinak2 dengan golf 3 tahun ni boleh di katakan setiap hati main golf.Kalau x awal pagi .tengahari.kalau x tengahari petang.kalau.x petang.malam.
Selama 3 tahun ni x pernah bawak anak bercuti.Sbb pentingkan golf.Malah nak antar anak ke klinik pun x boleh sbb janji ngan kawan main golf.Pakaian,kasut golf dan kayu golf mampu di beli beratus beribu.
Tapi Baju anak kasut anak berkira2 nak beli.Aku naik meluat menyampah dan benci ngan.suami aku.Apalah yg di agung2 kan sgt golf tu.
Mungkin ada benarnya caddy alaf baru semua perempuan.Dan pernah juga saya terbaca msg dr caddy Indonesia yg begitu lucah di hp suami saya.
Sungguh menjijikkan.
Saya pun hadapi masalah yg sama. Suami gila golf sejak 3 tahun ni. Sanggup lari ofis utk main golf. Hari biasa ada peluang dia lari. Sabtu ahad dah tentu tentu dr dr subuh sampai 9 malam baru balik. Hati sgt sakit. Apa perlu saya buat? Saya suri rumah dgn 3 anak. Suami tak pernah abaikan nafkah dan perbelanjaan. Yang saya sakit hati ialah kegilaan golf nya yg sampai berjam jam buang mada di padang.
Post a Comment