Mata ku.
Ia bermula bila mata kanan ku terasa pedih apabila sahaja aku kembali dari satu persidangan di Kangar, Perlis. Kebetulan jerebu tengah melanda negara kita dan sudah tentulah aku mengsyaki asap jerebu itu yang menyababkan keadaan mata ku itu.
Lama kelamaan mata kanan itu menjadi merah dan badan ku pula diserang demam. Memikirkan ini hanya satu masalah kecil aku pun pergi ke Klinik 1 Malaysia yang paling hampir dengan rumah ku. Aku sedar akan kekurangan Klinik 1 Malaysia ini. Pertama ia tidak dikendalikan oleh doktor, ekoran itu ubat-ubat yang hanya boleh dipreskrip oleh dotor tidak terdapat di klinik tersebut.
Akibatnya sakit mata ku bukan bertambah baik, malah bertambah teruk. Mata kiri pula sudah mula terasa gatal, walau pun belum kemerahan lagi. Demam pula tidak berkurangan.
Pengajaran ku dalam bidang kesihatan memberitahu badan ku sedang diserang oleh kuman. Bila kuman itu mengeluarkan toksin atau racunnya badan ku sungguh tidak selesa. Aku juga tercari-cari apakah punca mata ku jadi begitu. Aku teringat munkin kerana aku berenang di kolam hotel di Kangar tanpa 'goggles'.
Setelah mendapati air mata ku sudah berwarana kuning aku pun terus pergi ke satu klinik swasta, juga berhampiran rumah ku. Doktor mengatakan mata ku bukan dijangkiti kuman di kolam renang kerana cuma sebelah sahaja yang terlibat. Punca sebenar mungkin aku menggosok mata yang gatal dengan bahan tercemar. Dia memberi preskripsi ubat lain termasuk pembunuh kuman. Barulah sakit mata ku hilang dan demam pun mula berkurangan.
Aku bukanlah hendak merendahkan klinik 1 Malaysia. Aku telah ke sana beberapa kali dan setiap kali masalah kesihatan aku dapat di atasi. Tetapi kerana mata merupakan satu organ yang sensitif, rawatan yang betul amat perlu.
Ini memberi aku pengajaran supaya jangan main-main dengan mata.
Aku bukanlah hendak merendahkan klinik 1 Malaysia. Aku telah ke sana beberapa kali dan setiap kali masalah kesihatan aku dapat di atasi. Tetapi kerana mata merupakan satu organ yang sensitif, rawatan yang betul amat perlu.
Ini memberi aku pengajaran supaya jangan main-main dengan mata.
No comments:
Post a Comment