Tuesday, July 23, 2013

Senyap dan sunyi / the sound of silence.

'Senyap dan sunyi' ialah sebuah lagu lama nyanyian Allahyarham P Ramlee. Mungkin P Ramlee juga penciptanya, sekurang-kurangnya melodi lagu itu, kerana setahu saya P Ramlee tidak pernah mencipta senikata untuk lagu ciptaannya.

Dalam Bahasa Inggeris pula ada sebuah lagu bertajuk 'The Sound of Silence' nyanyian pasangan Simon and Garfunkel dan dicipta oleh Paul Simon iaitu Simon dari pasangan itu.

Saya menulis ini kerana itulah yang saya alami dari tempoh sehari sebelum bulan Ramadan 1434 sehingga lebih kurang dua hari yang lalu. Ya, dalam tempoh itu apa yang saya dengar ialah bunyi 'Senyap dan sunyi' and whatever sound I heard was 'The Sound of Silence'.

Ini kerana saya mengalami serangan batuk dan selsema yang paling teruk dalam hidup saya. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi saya apabila diserang selsema atau batuk atau kedua-duanya sekali pendengaran saya akan berkurangan. Tetapi ia berlaku untuk beberapa hari sahaja. 

Tetapi kali ini 'senyap dan sunyi' itu berjalan lebih dari satu minggu. Saya telah pergi ke Klinik 1Malaysia dan juga satu klinik swasta berdekatan rumah saya. Tetapi mungkin kerana fakta umur tempuh untuk saya pulih amat perlahan. 

Saya tidak keluar rumah kerana malu tidak dapat mendengar apa yang dicakapkan oleh manusia sekeliling. Itu pun saya cuba pergi ke surau tetapi sempat untuk solat Tarawikh selama tiga hari sahaja.

Dalam tempoh itu juga saya jarang-jarang menuntun television kerana tidak tahu apa yang dicakapkan. Cuma sekali saya menonton DVD dengan membaca senikatanya.

Tetapi syukurlah pendengaran saya telah mula pulih. Betul bak kata orang kita hanya menghargai sesuatu barang itu apabila ia hilang dari pegangan kita. Saya lagi bersyukur kerana apa yang kehilangan dari saya itu telah kembali.  

No comments: