Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Itulah satu pembayang dan peribahasa Melayu lama. Tujuannya memberitahu kita supaya berhati-hati dalam percakapan kerana ia boleh membawa padah kepada diri kita. Jika kita melihat cerita-cerita jenayah barat di TV dan layar perak, setiap kali seorang itu ditangkap oleh pihak berkuasa si penangkap akan mengutarkan hak-hak orang yang ditangkap. Antaranya ia berhak membuat satu penggilan telefon. Ia juga diberitahu berhak untuk berdiam diri kerana apa-apa yang dicakapkannya boleh digunakan sebagai bahan untuk mendakwanya.
Didalam dunia yang serba moden ini bukan sahaja percakapan melalui mulut yang patut dijaga. Tetapi tulisan juga. Sekarang kita bukan sahaja menulis di kertas, tetapi juga di komputer dan yang paling baru di telefon bimbit. Sehingga tercipta apa yang disebut SMS iaitu ringkasan dari 'Short Message Service'. Sehinggakan seorang lelaki itu diterima lafaz cerai kepada isterinya jika ia hantar melalui SMS.
Oleh kerana boleh dikatakan setiap orang mempunyai telefon bimbit, tidak payahlah saya menerangkan apa itu SMS. Cuma saya ingin memberitahu saya jarang-jarang menghantar mesej di telefon menggunakan SMS, tetapi dengan perkataan dan ayat penuh.
Sekarang sudah ada pula SMS berkumpulan di mana jika seorang ahli kumpulan menghantar SMS semua ahli dalam kumpulan itu dapat membacanya. Ia seolah-olah seperti sistem walkie-talkie dimana bila seorang -itu bercakap, setiap pemegang walkie-talkie dalam kumpulan itu dapat mendengarnya. Tetapi seperti lafaz cerai, SMS berkumpulan ini ada buruk baiknya dan itulah yang saya alami baru-baru ini.
Saya telah dipelawa memasuki kumpulan SMS taman perumahan di mana saya tinggal ini dan saya dengan senang hati menerimanya. Pada mulanya sembang atau 'chat' antara ahli-ahli kumpulan berjalan dengan baik. Aktiviti surau, kenduri kendara dan akhir-akhir ini jadual rumah terbuka hari raya disebarkan kepada ahli-ahli kumpulan.
Tetapi kemudian apa yang disembangkan telah menyimpang kepada hal-hal sensitif termasuk politik dan agama. Walau pun ada ahli-ahli termasuk saya yang menegur, perebuatan itu seperti tidak boleh dikawal lagi. Kemudia timbullah perbuatan mengumpat dan berbohong walau pun ia berbentuk sindiran dan gurauan.
Saya sendiri telah bersusah payah menangkis segala umpatan dan pembohongan yang ditulis oleh ahli-ahli. Sehingga saya mencabar mereka membuktikan apa yang mereka sebutkan. Contohnya ada seorang ahli menulis tidak mahu berarak semasa menyambut kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos yang lalu kerana terpaksa berarak dengan Bangla. Saya terus mencabarnya menunjukkan gambar atau video orang Bangla berarak seperti disebutnya. Dia terus membisu seribu bahasa sehingga hari ini.
Tapi apa yang membuat saya tercabar ialah apabila saya sendiri difitnah ada menulis sesuatu ungkapan dalam kumpulan itu sedangkan saya tidak menulisnya. Sekali lagi saya mencabar penulis supaya membuktikan tulisan saya, jika ada. Setelah dicabar berkali-kali tanpa jawapan saya dengan berani menuduhnya memfitnah saya. Saya sempat bertanya kepada seorang ustaz yang sama-sama menjadi ahli kumpulan apakah hukum orang memfitnah. Ustaz pun membisu seribu bahasa.
Selang beberapa jam orang yang memfitnah saya itu telah meminta maaf. Tetapi saya telah membuat keputusan untuk berundur dari kumpulan itu tanpa memaafkannya.
Malam tadi di surau, pentadbir atau 'admin' kumpulan itu telah meminta saya memasukinya semula. Katanya kumpulan itu telah menjadi sunyi sepi tanpa kehadiran saya. Saya terangkan saya keluar kerana tidak mahu terlibat dengan dosa mengumpat, bohong dan fitnah. Admin itu menjawab aggaplah mereka itu semua sebagai budak-budak. Malangnya mereka semua bukan budak-budak lagi.
Saya belum membuat keputusan untuk memasukinya semula atau tidak.

No comments:
Post a Comment