Gambar dengan ihsan Hj. Khalil Rahim.
Jika pembaca menonton filem 'The Good, the Bad and the Ugly' sebutan 'there are two kinds of people in the world, my friend' sering disebut oleh 'the Good' dan 'the Ugly'. Petang semalam saya berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka di Seremban. Dari pandangan saya 'There are two kinds of people who break their fast in hotels' atau pun ada dua jenis manusia yang berbuka puasa di hotel.
- Pertama ialah mereka yang menganggap berbuka puasa satu ibadah. Mereka datang dengan pakaian untuk senang bersolat, contohnya tidak datang berkasut. Apabila sampai ke ruang yang disediakan oleh pihak hotel untuk berbuka mereka mengambil makanan yang minima hanya untuk memenuhi kewajipan berbuka puasa. Kemudian mereka akan ke surau yang juga disediakan khas oleh pihak hotel untuk solat Maghrib. Selepas solat Maghrib mereka kembali ke ruang makan dan barulah mengambil makanan yang lebih berat. Mereka tidak malu untuk berulang-ulang meninggalkan meja makan mengambil apa-apa makanan yang disediakan. Selepas itu mereka sama ada akan balik ke rumah untuk menunaikan solat Isya' dan seterusnya solat Tarawikh atau menunaikan kedua-dua solat itu di surau hotel.
- Kedua ialah mereka yang datang dengan tujuan utama untuk makan. Ada yang berpakaian biasa dan ada juga yang berpakaian seolah-olah hendak bermain golf. Mereka mungkin datang dalam kumpulan bersama dengan orang bukan islam. Mereka ini akan mengisi pinggan penuh dengan segala makanan yang ada. Kebanyakan mereka akan duduk makan tanpa berulang-ulang mencari variasi makanan walaupun ada sebilangan kecil yang tidak berbuat begitu. Perbezaan besar dengan kumpulan yang pertama ialah mereka tidak menggunakan kemudahan surau yang disediakan oleh pihak hotel untuk bersolat. Ada yang pulang awal untuk bersolat di rumah dan ada juga yang tidak sempat bersolat kerana lebih memikirkan tentang makan dan makan/
Saya terletak di kumpulan mana? Itu saya tidak boleh cerita.
1 comment:
Itu lah ragam manusia nama nya......dalam bahasa sekarang ni: the right to choose......dan kita kita boleh membuat sebarang andaian
Post a Comment