Tuesday, May 19, 2015

Institut Sosial yang tidak sosial.

 Beratur panjang untuk mendapatkan makanan.

 Lagi beratur.

 Tiada lagi 'ladies first' atau etika perempuan didahulukan. Lihat juga VIP atau penyamar VIP sedang asyik makan.

Di dalam auditorium sebelumnya.

Sejak aktif dalam dalam satu persatuan pesara kerajaan saya sering dijemput ke program-program yang melibatkan gulungan pesara. Semalam saya pergi ke salah satu program yang diadakan di satu tempat yang bernama Institut Sosial Malaysia atau ISM di Kuala Lumpur.

ISM terletak di atas satu bukit dan agak tersorok. Saya dapat tahu ramai juga pesara yang datang dari seluruh Semenanjung Malaysia tersesat. Di Kuala Lumpur jika kita tersilap simpang bermakna kita terpaksa berpusing berkilometer jauhnya. Jadi pagi semalam entah berapa liter minyak terbakar dengan sia-sia sahaja.

Tetapi bagi saya yang berpandukan alat GPS tidaklah sesat. Lagi pun ini kali kedua saya ke tempat ini. Oleh kerana kami dari Negeri Sembilan datang agak lewat saya terpaksa meletak kereta di bawah bukit. Berpeluh juga kami setelah berjalan kaki ke Institut itu.

Institut ini mempunyai satu audotorium yang mempunyai sistem audio-visual yang bermutu tinggi. Jadi kami amat perpuas hati dengan ceramah dan sebagainya yang diberi. Tetapi kemesraan itu agak tercalit apabila tiba untuk kami dijamu makan tengah hari.

Seperti biasa di jamuan-jamuan yang disaji oleh katerer makanan Melayu terdapat dua jenis layanan iaitu sajian berhidang di meja-meja VIP. Selainnya ialah hidangan secara 'buffet' untuk kami rakyat biasa.

Mereka yang bertaraf VIP atau menyamar sebagai VIP sudah tentu berpuas hati. Saya guna perkataan menyamar kerana saya perhatikan ada mereka yang pada mulanya beratur untuk makanan 'buffet' tiba-tiba ternampak duduk di meja VIP.

Tidak seperti yang saya alami di majlis-majlis kahwin dan sebagainya di mana disediakan lebih dari satu stesen makanan atau 'food station', di sini cuma ada satu. Satu stesen makan inilah yang disediakan untuk kami rakyat biasa bukan VIP yang berjumlah lebih kurang 300 orang.

Jika waktu untuk jamuan adalah panjang seperti di majlis-majlis kahwin tak apa juga. Ini tidak, masa amat terhad kerana sessi pagi telah terlajak sehingga lebih pukul 1 tengah hari. Lepas itu kami hendak solat Zuhur pula sebelum masuk semula ke auditorium untuk sessi petang.   

Satu stesen makanan bermakna lelaki dan perempuan sama-sama beratur di satu barisan. Di majlis-majlis kahwin tak apa juga jika lelaki dan perempuan beratur di satu barisan, oleh kerana kita datang berpasangan, sama ada suami isteri atau 'couples' yang bercadang untuk menjadi suami isteri.

Tetapi di sini kebanyakan kami datang secara solo, sama ada suami orang, isteri orang, duda, balu atau janda. Jadi tidak manislah kami dibiar beratus di satu barisan. Jangan lupa 'Otai masih berbisa' kata orang. Takut ke lain pula perginya.

Salah satu makna 'sosial' yang diambil dari perkataan Inggeris 'social' ialah mesra atau 'fiendly'. Tetapi dari cara kami dilayan semasa makan jelas badan yang diberi nama Institut Sosial Malaysia ini tidak sosial.

2 comments:

Abdul Hamid Hussin said...

Masalah sekarang ni.....kita selalu gunakan perllhidmatan event manager untuk apa2 event.....akibatnya kebolehan untuk menganjurkan event oleh pegawai2 badan biasa sudah tidak ada lagi.dikalangan pegawai2 pelapis baru...jadi mutunya terhakis....pandangan saya yang juga pernah mengalami kejadian seperti ....sangat memedihkan....sepatut forward dan jadi backward

Unknown said...

Vip pun tidak berperikemanusiaan langsung... tiada rasa segan silu dan hormat pada pesara pesara merupakan aset bagi mereka apabila setip program yang dianjurkan... bagi mengenag jasa para pesara seharusnya pihak VIP mahupun VVIP mendalamkan apa itu SOSIAL xtvt.... tersentuh hati saya sedih dan pilu melihat keadaan dan suasana beratur bagi mendapatkan makanan tapi VIP ??????????????????