Mengikut seorang Penolong Pengarah MPS tulisan Jawi untuk Coral itu betul.
Ini bermakna tulisan Jawi untuk Coca Cola yang diiktiraf seluruh dunia ini salah.
Semasa saya masih bekerja dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dulu saya sering menerima aduan dari jiran-jiran, kawan-kawan dan orang-orang awam yang berurus terus dengan saya. Di mana ia melibatkan jabatan saya, saya terus mengambil tindakan. Jika aduan itu kecil dan melibatkan jabatan lain saya akan cuba berurus dengan mereka yang sama 'ranking' dengan saya di jabatan itu.
Masalahnya ialah jika aduan yang melibatkan jabatan lain itu agak serious. Saya akan merujuknya kepada boss saya. Harapan saya ialah supaya dia pula akan merujuk aduan itu kepada kawan-kawannya yang bertaraf boss juga. Malang bagi saya kerana dalam banyak kes seperti ini boss akan menegur saya balik. Katanya jangan campur urusan jabatan lain, kerana mereka akan cari salah jabatan kita.
Dalam kes-kes bagini saya tidak ada pilihan dari meminta mereka yang mengadu kepada saya itu supaya membuat aduan secara rasmi kepada MPS. Bila MPS mengenalkan satu sistem aduan yang dipanggil ePublic saya meminta mereka mengadu melalui sistem ini. Malah di MPS sendiri saya adalah seorang dari 'desk officers' yang diberi kuasa untuk mengakses aduan-aduan ePublic yang melibatkan jabatan saya.
Bila saya bersara saya pula mendaftar diri saya sebagai seorang pengguna ePublic. Jika dulu saya membuka aduan-aduan, kali ini saya sendiri yang membuat aduan. Sehingga saya sendiri tidak disenangi oleh pegawai-pegawai MPS.
Ada satu kes di mana seorang jiran saya datang ke rumah dengan tujuan saya memajukan aduannya kepada MPS. Saya jawab saya sudah bersara dan meminta dia mengadu melalui ePublic. Tetapi setelah beberapa bulan aduannya tidak diambil tindakan, saya sendiri membuat aduan baru berdasarkan aduan jiran saya. Barulah tindakan diambil.
Satu kes lagi apabila tuntutan perubatan saya dipengap untuk beberapa bulan. Bila saya membuat aduan ePublic mengenainya barulah MPS mengambil tindakan dan melayan tuntutan saya..
Tetapi ada juga MPS mengambil jalan mudah. Saya ternampak tulisan Jawi di satu papan nama jalan di taman saya tidak betul. Saya pun mengadu melalui ePublic dan memantau aduan saya dari masa ke semasa. Akhirnya setelah hampir sebulan saya dapati taraf aduan saya dikelaskan sebegai 'Selesai' walau pun saya tidak nampak apa-apa perubahan di papan nama jalan.
Saya pun menalipon MPS dan dapat bercakap dengan pegawai MPS yang memberi taraf 'Selesai' itu. Dia yang bertaraf Penolong Pengarah mengatakan tulisan Jawi itu tidak salah setelah merujuk kepada satu pihak berkuasa lain.
Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Cuma nasihat saya dalam kes seperti ini gunakan akal sahaja, dari merujuk kepada pihak lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment