Jordan Henderson menjulang 'telinga besar'.
Saya mula suka kepada lagu 'You'll Never Walk Alone' bukan kerana melodi atau liriknya, tetapi kerana penyanyinya. Saya mula mendengarnya dinyanyikan oleh Gerry Marsden dari kumpulan Gerry and The Pacemakers pada tahun 1965 semasa saya berumur 15 tahun.
Saya menyukai Gerry and The Pacemakers secara kebetulan. Ini kerana kumpulan itu diurus oleh Brian Epstein yang juga mengurus kumpulan The Beatles. Brian Epstein juga mengurus kumpulan Billy J Kramer and The Dakotas dan penyanyi solo Cilla Black.
Kesemua kumpulan dan penyanyi yang saya sebut itu berasal dari Liverpool, England. Saya fikir jika Brian Epstein memilih kumpulan hebat The Beatles untuk diurus, tentulah kumpulan atau penyanyi lain yang diuruskannya hebat belaka.
Ini terbukti kepada Cilla Black dan Gerry and The Pacemakers. Billy J Kramer tidak menyerlah sangat dan mereka mengharapkan lagu-lagu ciptaan John Lennon dan Paul McCartney dari The Beatles.
Malah The Beatles dan Gerry and The Pacemakers pernah berkongsi satu lagu iaitu 'How Do You Do It' yang dicipta oleh Mitch Murray dari England dan masih hidup. Lagu itu mula dikenalkan kepada The Beatles tetapi mereka menyanyikannya secara sambil lewa. Bila lagu itu dinyanyikan oleh Gerry and The Pacemakers ia menjadi 'top'.
Lagu 'You'll Never Walk Alone' dicipta oleh orang Amerika, Rogers and Hammerstein untuk musikal 'Carousel'. Ramai penyanyi kemudian merakamkan lagu itu, termasuk Elvis Presley dan Frank Sinatra. Tetapi lagu itu mendapat nafas baru bila dinyanyikan oleh Gerry and The Pacemakers dengan iringan orkestra George Martin, iaitu orang yang sama menerbitkan lagu-lagu The Beatles.
Gerry and The Pacemekers juga pencipta dan penyanyi lagu 'You've Got What Like' yang diberi lirik Melayu oleh A Rahman Hassan dan diberi tajuk 'Tak Mengapa'. Jadi lagu 'Tak Mengapa' itu barasal dari Liverpool sebenarnya.
Saya meminati pasukan bolasepak Liverpool kerana pengaruh The Beatles juga. Bagi saya pasukan ini menjadi penyambung kepada minat saya terhadap kumpulan hebat itu dan kawan-kawan yang berkongsi pengurus dengan mereka.
Tidak hairanlah jika Liverpool F.C. memilih lagu 'You'll Never Walk Alone' sebagai lagu tema mereka. Tak apalah jika lagu itu bukan ciptaan orang Liverpool atau England. Lagu 'Negara Ku' pun bukan ciptaan orang Malaysia.

Di setiap perlawanan bolasepak Liverpool, lagu 'You'll Never Walk Alone' akan dinyanyikan oleh penyokong mereka. Kemuncaknya ialah beberapa malam lepas setelah Liverpool memenangi kejohanan Uefa Champions League.
Kali ini bukan sahaja penyokong-penyokong, tetapi pemain-pemaian dan jurulatih berbagai bangsa mereka yang sama-sama menyanyikannya. Ini selepas mereka menerima piala yang dipanggil 'big ears' atau telinga besar oleh ketua pasukan mereka Jordan Henderson.
Di hari esoknya lagu itu berkumandang lagi di Liverpool bila 'big ears' diarak disekeliling bandar pelabuhan itu bila skuad Liverpool dan penyokong-penyokong mereka merayakan kejayaan Liverpool memenanginya kali ke enam.
Jauh di Malaysia ini saya tidak menyesal meminati The Beatles dan kawan-kawan mereka dari Liverpool dan kemudiannya menyokong pasukan bolasepak Liverpool.
No comments:
Post a Comment