Sunday, November 2, 2008

Jeriji dan tembok rumah

Pada 1 Mei 2008 saya telah poskan cerita bagaimana rumah jiran sebelah saya dimasuki pencuri kerana menggunakan jeriji yang murah seperti ini http://maarofkassim.blogspot.com/2008/05/dont-be-penny-wise-pound-foolish.html. Semalam 1 November 2008 kebetulan genap enam bulan selepas kejadian itu satu lagi rumah jiran saya dimasuki pencuri. Antara yang hilang ialah laptop dan kamera digital. Jika kejadian pertama itu berlaku di waktu malam kejadian semalam berlaku di waktu siang. Ia berlaku diantara jam sembilan pagi apabila isi rumah keluar rumah sehingga mereka balik pada tengah harinya.

Pencuri telah memboloskan diri di jeriji tingkap bilik tidur yang boleh dibengkokkan. Ini bermakna besi jeriji ialah jenis yang nipis dan murah juga sama seperti kejadian enam bulan dahulu. Reka bentuk jeriji juga tidak sesuai kerana salah satu 'lubang'nya boleh memboloskan badan manusia walau pun dalam kes ini pencuri itu sudah tentu berbadan kecil.

Faktor kedua mengapa pencuri boleh masuk pada waktu siang ialah ia dilindungi dari pandangan oleh tembok yang mengelilingi rumah berkenaan. Saya memang tidak setuju melihat tembok-tembok yang didirikan dikeliling rumah. Bagi saya ia menutup keindahan rumah berkenaan. Saya lebih suka jika rumah dikelilingi oleh pagar sahaja. Saya ada terbaca buku 'Feng Shui' Cina yang tidak menggalakkan tembok didirikan sehingga menutup tingkap rumah. Ada juga rumah yang saya lihat bukan sahaja di tutup pandangan oleh tembok, pintu pagar pun ditutup terus tanpa jaring.

Oleh itu untuk pembaca yang ingin memiliki rumah atau mengubahsuai rumah faktor jeriji dan tembok yang sesuai hendaklah dititikberatkan.

No comments: