Tuesday, July 26, 2011

Kampung ku tak macam dulu lagi

Dua hari lepas aku balik ke kampung ku di Jelebu, Negeri Sembilan. Walau pun daerah Jelebu sudah berbeza dari keadaan semasa aku kecil, aku sedih melihat banyak rumah-rumah di kampung ku yang tertinggal begitu sahaja. Aku tertanya-tanya kenapa ini terjadi? Aku baru sedar sebenarnya aku lah sebahagian dari jawapannya. 

Aku mencari nafkah hidup di bandar. Aku membeli rumah di bandar ini, bukan sebuah tetapi dua. Bila aku bersara aku tetap tinggal di rumah yang aku beli. Aku tidak balik ke kampung. Tentu ramai lagi manusia seperti aku ini.

Ada juga kawan-kawan ku yang memasuki Felda dan menetap di sana. Ada juga yang berkahwin dengan orang kampung lain dan berpindah mengikut suami atau isteri.

Di sini aku sertakan beberapa gambar rumah jiran-jiranku yang tidak didiami lagi. Aku ambil gambar-gambar ini untuk dijadikan kenangan sebelum rumah-rumah itu tersungkur ke bumi.

Ini rumah arwah ketua kampung ku. Hanya ini pandangan yang paling baik dapat aku gambarkan.

Rumah di hadapan rumah arwah ketua kampung.

Dulu ini sebuah kedai.

Rumah batu ini pun tinggal.

Ini juga kedai di mana aku sering melepak semasa bujang dulu.

Sebuah rumah besar yang tinggal juga.

Rumah cantik ini pun tinggal. Perhatikan juga pokok-pokok durian di belakang tu.

Sudah pasti rumah ini sudah lama ditinggalkan.

Tanah perkuburan pun lengang.

Ini masjid lama. Masjid baru sudah menggantikannya di tapak lain.

Tetapi aku tidak hampa. Ada juga rumah-rumah yang masih didiami. 


Walau pun rumah ini diantara yang paling 'hulu', ia masih didiami.

Antara rumah-rumah baru yang didirikan.

Rumah ini pun ada penghuninya.

Juga sebuah rumah baru.

Rumah lama yang masih didiami.


2 comments:

Anonymous said...

Maarof

sayu hati saya bila membaca tulisan you tu berkenaan kampung dan rumah rumah yg tinggal... Didalam hal ini, elok kita berbuat sesuatu bagi memfaatkan tanah-tanah tu? rumah boleh di robohkan, tanah tu boleh di majukan.

Ker macam mana?

Kena bincang dengan wakil rakyat, penghulu, ketua luhak dll yg berkenaan

wasalam
MA(B)

Anonymous said...

Banyak rumah2 kampong di Negeri Sembilan sudah tidak berpenghuni. Ada rumah2 yang berpenghuni yang mendiaminya terdiri dari warga emas kebanyakannya perempuan. Anak2 muda dah berhijrah atau pindah ke tempat lain...mencari rezeki dan menetap di tempat baru. Ada juga rumah2 kampong di huni atau disewakan kepada pendatang asing. Suasana kampong tidak saperti tahun2 50an,60an maupun 70an yang ketika itu hidup dalam pelbagai aktiviti.

Muhammad Abdullah