Wednesday, February 8, 2012

Anak dan Bapak Kahwin Sehari

Apabila  saya menerima mana-mana kad jemputan kahwin saya akan melihat bila pasangan itu bersanding. Biasanya saya akan datang beberapa minit sebelum itu. Pada hujung minggu lepas saya menerima satu undangan untuk dua perkahwinan yang unik di Kg. Paya Jaras, Selangor. Unik kerana seorang ayah dan anaknya akan bersanding di hari dan tempat yang sama.

Saya lihat di kad jemputan masa persandingan ialah pukul dua petang. Tetapi entah macam mana saya telah sampai pada pukul satu tengah hari. Sesampainya saya di tempat pekahwinan iaitu Dewan Majlis Bandararaya Shah Alam (MBSA) Shah Alam saya terdengar bunyi kompang. Rupa-rupanya pasangan pertama sedang masuk ke dewan untuk bersanding. 

Untuk cerita seterusnya sila lihat gambar-gambar dan catitan di bawahnya.


 Ini pasangan pertama. Pengantin lelaki berumur 60 dan perempuan pula 50. Masing-masing kematian pasangan pertama. 

Waktu persandingan mereka tidak ditulis dalam kad, kerana malu agaknya. Tetapi saya sempat juga mengambil gambar bersejarah ini. 

Pasangan ayah dan ibu ditemu ramah oleh pemberita. Berita perkahwinan mereka ada dimasukkan di akhbar-akhbar tempatan pada hari esoknya. 

Pada pukul 2.30 petang baru pasangan anak dan menantu masuk ke dewan diiringi oleh pasangan ayah dan ibu. Pengantin perempuan ialah anak kepada pengantin ayah. Sayang anak tidak menutup aurat. 

Pasangan anak diapit oleh pasangan ayah.

No comments: