Wednesday, February 22, 2012

Bimbang saya terbukti.

Saya ada menyuarakan kebimbangan tentang kurangnya orang Melayu yang menjadi ahli Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sembilan. Sila klik ini untuk membaca luahan hati saya. Bimbang saya terbukti apabila saya menerima satu surat beberapa hari yang lepas. Surat berupa panggilan menyuarat agung persatuan tersebut Cawangan Seremban. 

Biasalah bila ada persatuan kenalah ada mesyuarat agungnya, kalau tidak Pendaftar Pertubuhan akan mencari kita. Tetapi apa yang memeranjatkan saya dalam kes ini ialah tempat mesyuarat agung itu. Tempatnya ialah di Catholic Centre, Jalan Lee Sam, Seremban. Sila lihat salinan surat yang saya lampirkan.  


Walau pun Catholic Centre ini (agaknya Setiausaha tidak dapat menterjemahkannya ke Bahasa Melayu) bukan satu gereja, di segi agama Islam ia boleh dibandingkan dengan Pusat Dakwah Islamiah di Paroi itu. Saya tidak tahu sama ada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) membenarkan orang bukan Islam memasuki Pusat Dakwah itu. Tetapi jika ia dibolehkan, saya fikir orang-orang bukan Islam tentu berat hati untuk pergi ke sana untuk bermesyuarat agung. 

Tidak adakah dewan lain? Jawapan kepada kebimbangan saya itu terbukti di bawah ini. Daripada sembilan orang Ahli Jawatankuasa, cuma seorang sahaja yang Melayu Islam. Jelas juga Pengerusinya ialah seorang Kristian. Dari itu mereka boleh menentukan di mana hendak diadakan mensyuarat agung. 

Sebenarnya senarai ahli-ahli jawatankuasa itu tidak langsung mencerminkan komposisi kaum pesara-pesara kerajaan dalam daerah Seremban. Ramai cikgu, polis dan askar Melayu yang pencen. Tetapi di mana mereka?

Mungkin Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasanya mempunyai sebab mengadakan mseyuarat agung di situ dan tidak di kawasan Melayu seperti Ampangan, contohnya. Jawapannya ialah kerana majoriti ahli persatuan terdiri dari bukan Melayu.

Tetapi apa yang saya bimbangkan ialah ini: Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa sengaja mengadakan mesyuarat agung di satu pusat keagamaan Kristian supaya ahli-ahli Melayu Islam tidak hadir, walau pun bilangan mereka boleh menjadi majoriti. Akhirnya kebanyakan yang datang bermesyuarat dan kemudian mengundi terdiri dari orang bukan Islam, dan dari golongan mereka jugalah ahli-ahli jawatankuasa baru dibentuk.

Saya terbaca kebanyakan orang yang tidak mendaftar untuk mengundi untuk Pilihanraya Umum di negara kita ialah orang Melayu, walau pun kaum ini menjadi majoriti di negara ini. Mungkinkah contoh keahlian Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sembilan ini akan menjadi contoh kepada senario politik negara dimana kaum minoriti akan memerintah kaum majoriti kerana kaum majoriti malas untuk mendaftar menjadi pengundi. 

Kemudian tempat-tempat seperti Catholic Centre akan dijadikan pusat mengundi untuk memastikan orang Melayu Islam tidak keluar mengundi.    

1 comment:

Anonymous said...

Masyallah tuan....ini amat menakutkan....a mirror image of the PRU 13 I suppose. Moga pendedahan ini dapat menyedarkan kaum kita yang terlalu layu diulek mimpi indah.