Saya diminta oleh ibu saya untuk menghantarnya ke pekan Pertang, Jelebu untuk menerima baucar Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M)nya. Saya pun dengan senang hati menghantarnya. Sebenarnya saya ingin melihat jika ada apa-apa perbezaan cara pemberian baucar yang sama seperti yang saya alami di Seremban. Tambahan lagi saya sudah berpuluh tahun tidak singgah di pekan kecil ini, walau pun ia adalah pekan untuk kampung saya.
Inilah sepanduk untuk acara ini.
Orang ramai beratur mendaftar. Program diadakan di padang pekan ini.
Saluran mereka sudah ditentukan, oleh itu tidak mungkin sesiapa mendaftar lebih dari sekali.
Staf Pejabat Daerah Jelebu di meja pendaftaran.
Meja peserta sudah ditentukan mengikut nombor pendaftaran.
Kerusi pun sudah ditentukan.
Sementara menunggu tetamu khas kami dihiburkan oleh kumpulan muzik ini.
Termasuk nyanyaian dari penyanyi jemputan berbangsa Cina ini yang menyanyi lagu-lagu Melayu dan Cina.
Peserta yang sudah mendaftar duduk di meja dan kerusi yang ditetapkan.
Lagi peserta, ini orang-orang kampung saya.
Tetamu khas Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, juga Ahli Parlimen Jelebu sudah sampai.
Tarian kebudayaan sebelum acara bermula.
Dato' Razak Mansor, ADUN Pertang yang juga Yang DiPertua Dewan Udangan Negeri Sembilan memberi ucapan aluan.
Giliran Dato' Seri Utama pula berucap.
Selepas ini mereka minum teh tinggi. Saya mengambil kesempatan ini untuk merayau di pekan Pertang.
Pokok papaya yang hidup subur di tepi Sungai Pertang.
Inilah pekan Pertang. Jangan keliru dengan pekan Simpang Pertang, lebih kurang 6 km jauhnya menghala ke Kuala Pilah.
Rupa-rupanya ada Pasukan Bomba Sukarela di pekan ini.
Makan sudah, sekarang tiba masa untuk mengagihkan baucar BR1M. Dato' Seri Rais menyerahkan separuh dari baucar.
Dato' Razak pula menyerahkan lagi separuh. Ini ibu saudara saya.
Ini dia ibu saya menerima baucar BR1M dari Dato' Razak.
Setelah menerima baucar mereka beratur pula untuk mendapatkan wang tunai.
Saya dan ibu tidak menunggu untuk menunaikan baucar. Tiba pula giliran mana-mana adik saya untuk membawa ibu ke bank untuk menunaikan baucar BR1Mnya.
No comments:
Post a Comment