Friday, May 11, 2012

Seekor lagi gajah putih?

'Gajah putih' ialah satu simpulan bahasa terjemahan dari bahasa Inggeris 'White elephant'. Ia bermakna satu barang yang membebankan tuan punyanya tetapi tidak dapat dibuang begitu sahaja dan kos penjagaannya tidak setimpal dengan pulangan atau nilai barang tersebut.


Kita sering mendengar rungutan dari pembeli-pembeli rumah di mana mereka tidak dapat menduduki rumah-rumah yang mereka beli kerana projek perumahan mereka terbengkalai. Ada yang terpaksa membayar balik penjaman di bank untuk rumah yang tidak ujud sedangkan mereka juga terpaksa membayar sewa rumah yang mereka duduki sekarang. 

Tetapi lain pula kisahnya di satu projek perumahan di Seremban. Rumah sudah siap beberapa tahun tetapi penghuni atau pembelinya hampir tiada. Dari kajian rambang yang saya buat saya berani berkata bilangan unit yang diduduki di hari ini tidak sampai satu peratus. 

Saya bukanlah seorang pemberita yang sepatutnya membuat kajian terperinci termasuk menghubungi pihak-pihak yang tertentu sebelum membuat laporan. Saya hanya seorang penulis blog yang menulis dari pandangan rambang saya. Di bawah ini ialah gambar-gambar projek perumahan yang saya maksudkan.  

Pembaca yang ingin keterangan lanjut mengenai status projek ini sila hubungi nombor-nombor yang tertulis di iklan. 

Pandangan hadapan projek.

Iklan projek.

Lagi iklan projek. Menarik juga iklannya, seperti ada kemudahan lif dan projek berhampiran lebuhraya.

Kosong.

 Lagi kosong.

Lorong belakang lagi kosong.

 Taman permain kanak-kanak yang kosong. Dari kiraan rambang saya taman ini tidak mencukupi untuk projek perumahan penduduk densiti tinggi seperti ini.

 Dewan serbaguna.

Antara unit yang ada penghuni.


Sekali sekala adalah teksi masuk menghantar atau mengambil penumpang.

2 comments:

al-lavendari said...

laa.. kenapa jadi begitu ?

nak kata mahal, taklah mahal sangat.

Anonymous said...

Barangkali belum keluar CF, jadi penduduk tak boleh masuk. Tak keluar CF samada msh dlm proses kelulusan atau dah memangnya tak diluluskan dan wajib dibuat pembaikan semula. Siapa sebenarnya yg salah, pemaju/kontraktor kah atau pihak penguasa tempatan sendiri? Yg jelas prmbeli juga yg jadi mangsa!