Saturday, September 21, 2013

"Poi sanun, ini oghang tuo nak cakap!"


Itulah ayat yang dihamburkan oleh emak dan nenek saya semasa saya kecil bila saya menghampiri mereka jika mereka sedang berbual dengan orang sebaya mereka. Maksud mereka senang sahaja, ia itu mereka tidak mahu kanak-kanak masuk campur dalam perbualan mereka. 

Bahasa orang dewasa berbeza dengan bahasa kanak-kanak atau lebih senang disebut budak-budak. Kita orang dewasa jarang-jarang menyebut 'kau orang' dan 'kita orang'. Sekurang-kurangnya saya sendiri tidak menyebutnya kepada sesiapa. Biarlah orang kata saya ini ketinggalan zaman. Sekurang-kurangnya saya hendak menjaga budi bahasa dan budaya orang Melayu supaya tidak tercemar.

Sekarang sudah banyak media sosial melalui alam maya. Ramai orang berkawan walau pun tidak pernah bertemu muka. Sehingga hubungan antara dua dah lebih ahli disebut 'friends' atau 'kawan' sedangkan mereka mungkin cucu dan datuk. Sebagai contoh saya dan ketiga-tiga cucu saya adalah 'friends' di halaman 'Facebook'.

Tidak cukup dengan itu adalah pula kumpulan sembang atau 'chat' melalui telefon bimbit. Oleh kerana sekarang boleh dikatakan semua orang yang tahu bercakap mempunyai telefon bimbit terdapatlah kumpulan sembang yang terdiri dari semua peringkat umur. Di sinilah timbul masalah di mana budak-budak boleh membaca apa yang disembangkan oleh orang tua. Orang tua yang ingin bersembang ayat-ayat yang sensitif terpaksa berfikir dua kali. 

Takkan kita nak tulis 'Pergi sana, ini orang tua nak cakap'.

1 comment:

Olate Omote said...

Terserempak blog fellow sdarian semasa buat research tentang 'orang kata'...senyum sendiri. (Oh ini adalah monolog)...Azam 89-93