Antara mereka yang 'want to touch a dog'.
Sejak saya mengenali haiwan (perkataan lebih bersopan dari binatang) saya telah kenal apa itu anjing. Ini kerana jiran sebelah rumah emak saya di hilir dan sebelah rumah datuk saya di hulu memelihara anjing. Rumah emak dan datuk saya pula bersebelahan. Ini bermakna rumah-rumah kami diapit oleh rumah-rumah yang memelihara anjing. Malah rumah jiran emak saya itu berhadapan dengan masjid.
Antara suara haiwan yang mula-mula saya dengar ialah meow kucing dan kokok ayam kami, siulan monyet di hutan belakang rumah kami, bunyi kerbau datuk menguak dan salakan anjing jiran-jiran kami itu.
Saya masih ingat pada satu malam anak kerbau datuk ditembak mati oleh jirannya kerana disangka seekor babi hutan. Anak kerbau itu telah terlepas dari kandangnya dan masuk ke sawah jiran. Jiran itu pula terjaga kerana salakan anjingnya dan terus menembak anak kerbau itu, Sehingga akhir hayatnya datuk tidak percaya jirannya itu tidak boleh membezakan anak kerbau dengan babi hutan.
Apabila saya masuk sekolah baharulah saya tahu yang anjing itu haram dipegang jika badannya basah sedangkan anggota kita kering dan sebaliknya. Mula-mula saya tidak faham mengapa ada keluarga di kampung saya memelihara anjing. Tetapi dari peristiwa anak kerbau datuk ditembak mati itu saya faham kenapa ada orang Melayu Islam memeliharanya.
Melainkan diarahkan oleh tuannya supaya duduk diam, anjing-anjing orang kampung saya itu akan mengikut ke mana tuannya pergi, Ini telah menimbulkan suasana tidak senang apabila anjing-anjing itu ikut ke rumah yang berkenduri, contohnya.
Dipendekkan cerita apabila generasi baru menggantikan tuan-tuan punya anjing itu dan mungkin dari ajaran agama yang mereka terima di sekolah, tidak ada lagi orang kampung saya memelihara anjing. Saya tidak tahu apa terjadi kepada anjing-anjing kepunyaan ibu bapa mereka itu.
Keadaan ini juga saya dapati di seluruh rumah orang Melayu Islam di seluruh negara, iaitu tidak ada lagi keluarga Melayu Islam memelihra anjing. Tetapi di Indonesia semasa lawatan saya ke Sumatera Barat pada tahun 1992 masih ada orang Islam di sana yang memelihara anjing.
Ekoran itu saya hairan kenapa ada orang Melayu Islam menganjurkan program yang diberi nama 'I want to touch a dog' baru-baru ini. Mungkinkah ia akan menjadi program 'I want to keep dogs' seperti berlaku di kampung saya lebih lima puluh tahun yang lalu?

No comments:
Post a Comment