Saturday, November 15, 2014

Antara tulisan dan bahasa.

Saya dulu bekerja di satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Salah satu tugas saya ialah memastikan tulisan di papan-papan iklan dan notis betul bahasanya. Bahasa yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu. Tetapi oleh kerana saya bersekolah menengah dalam medium Bahasa Inggeris saya juga memastikan bahasa itu juga digunakan di papan-papan iklan secara betul. Kegunaan tulisan Jawi tidak disebut langsung

Saya tertarikh dengan usaha Kerajaan Negeri Kelantan dan PBT-PBT dibawahnya memastikan tulisan Jawi diwajibkan di papan-papan iklan. Tetapi semasa lawatan saya ke negeri itu baru-baru ini sedikit menimbulkan keraguan pada diri saya seperti gambar-gambar berikut:  

Betul ia dalam tulisan Jawi tetapi bahasanya bukan Melayu. 

Selain 'Kota Bharu' mana Bahasa Melayunya?

Masih ada notis tidak bertulisan Jawi.

Ini contoh yang baik. Walau pun 'Kopitiam' ialah Bahasa Cina, ia telah diterima sebagai Bahasa Melayu.


Ini contoh yang terbaik bagi saya. Notis ini mempunyai kedua-dua tulisan Rumi dan Jawi dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.

Sekian,

1 comment:

AzizMostafa said...

Jawi = Tulisan Bahasa Melayu dalam huruf-2 Arab
http://typophile.com/node/74436