Sunday, February 22, 2015

Bila anak-anak Jelebu bertemu.

Laman sosial Facebook bukan sahaja merapatkan mereka yang tidak pernah kenal, tetapi merapatkan lagi mereka yang sudah kenal. Saya sudah mengenali orang kampung saya Abd Rani Daud sejak saya kecil lagi. Tetapi kami tidak rapat langsung, maklumlah dia hanya orang sekampung dan bukan saudara. Dia pula dulu bekerja dengan Angkatan Tentera Malaysia dan saya bersekolah di satu sekolah berasrama penuh.

Tetapi kami kenal semula melalui Facebook, lebih-lebih lagi kami sama-sama ahli kumpulan yang dinamakan Anak Anak Jelebu atau AAJ. Semalam saya balik ke kampung kami Kg. Petaseh Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan atas jemputan bang Abd Rani yang lebih dikenali sebagai Pak Teh. Majlis ialah perkahwinan anak bongsunya, seorang teruna. Tidak hairanlah ramai ahli-ahli AAJ turut sama, kebanyakannya saya jumpa pertama kali walau pun sudah kenal di Facebook.

Di bawah ini ialah gambar-gambar pertemuan kami ahli-ahli AAJ di rumah Pak Teh Rani. Gambar-gambar diambil oleh AAJ termasuk saya sendiri. 

.
Saya dengan Nordin Rahmat, pertama kali berjumpa.

Pak Teh yang duduk di tengah-tengah.

Gambar dengan ihsan Imah Halimah, berdiri di tengah-tengah.

Saya dengan Abdul Hamid Hussin, pertama kali berjumpa.

Gambar ihsan Pak Teh.

Gambar ihsan Imah Halimah.


Gambar ihsan Faizal Ateng.


Saya dengan Pak Teh.

Imah Halimah dan Abdul Hamid Hussin.

Pasangan pengantin dengan kawan-kawan mereka.

Gambar ihsan Faizal Ateng.

Gambar ihsan Alynn Rosli.

1 comment:

Abdul Hamid Hussin said...

Saya sudah lama mengikuti laman sdr Maarof tetapi tidak berkesempatan berjumpa.Mula2 saya nampak sdr Maarof say nak pergi terus dan menegor, tetapi isteri saya ada bersama dan mahu mmengambil makanan....terpaksalah temankan dulu....getleman lah sikit...habis makan, sdr maarof sudah berada di sisi saya, bermakna dia sudah mengenali saya juga...menggembirakan sekali.....alhamdulillah