Tuesday, March 3, 2015

Nasib seorang OKU.

Setelah tidak dipedulikan sebagai seorang tua di dalam KTM Komuter malam tadi, pagi tadi saya ternampak satu situasi yang lagi menyakitkan hati saya.

Saya ke pejabat lama saya untuk membayar kompaun letak kereta mantan Yang Di Pertua NGO saya, seorang beranugerah Dato' Itu pun ada cerita di sebaliknya. Pertama kali dia datang ke pejabat NGO yang pernah diterajuinya Dato' ini dikompaun letak kereta. Sedangkan pada pemerhatian saya ada kereta yang hari-hari diletakkan di tempat yang sama tanpa membayar apa-apa dan tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Saya ternampak seorang OKU dengan motosikal roda tiga tercari-cari tempat meletakkan motosikalnya. Malang baginya kerana tempat letak kereta yang dikhaskan untuk manusia seperti dia telah diambil oleh orang lain yang bukan OKU (kerana kereta yang diletak di situ tidak mempunyai label OKU).

Pilihan kedua baginya ialah untuk membawa motosikalnya terus ke dalam pejabat. Sekali lagi malang baginya kerana laluan yang telah dibina untuk OKU telah dihalang oleh beberapa motosikal. 

Syukurlah OKU ini masih boleh berjalan. Ekoran itu dia meletakkan motosikalnya di atas petak kuning kemudian turun dari motosikalnya dan berjalan kaki ke pejabat yang sama-sama saya tuju.

Pejabat lama saya itu sebuah PBT yang juga menyediakan beberapa petak letak kereta khas untuk OKU di Bandar Seremban. Tetapi kata orang putih 'Charity begins at home' atau 'Kebajikan bermula di rumah'. Sepatutnya PBT ini memulakan penguatkuasaan petak kenderaan dan laluan untuk OKU di pejabat mereka sendiri.

Sekian.


Petak kereta untuk OKU telah diambil oleh orang lain.

Laluan untuk OKU juga dihalang oleh motosikal bukan OKU.

Terpaksalah OKU itu meletakkan motosikalnya di sini.

Ini dia OKU yang sabar itu.

No comments: