Baru sebulan saya ke Johor Bahru saya ke sana lagi. Kali ini berdua dengan isteri saya Salmah pula, untuk menghabiskan mata atau 'points' kelab percutian saya. Kalau tidak mata itu akan hangus begitu saja. Setelah berbincang dengan isteri, kami pergi dengan bas dan balik dengan keretapi.
Inilah bas yang kami naik.
Saya memilih bas yang mempunyai tempat duduk eksekutif. Hanya 31 penumpang boleh naik di satu masa. Bas hanya berhenti 10 minit di R&r Pagoh. Harga tiket ialah RM 21 untuk warga emas.
Bas cukup selesa dan pemandu ini, berbangsa India membawa bas cukup baik. Kami dah sampai ke Skudai dan saya lihat bayaran tol ialah RM 25.90.
Bas kami berhenti di Larkin Sentral. Entah kenapa saya lupa hendak mengambil apa-apa gambar, Dari Larkin Sentral kami naik satu bas lagi ke JB Sentral.
Kami dah sampai ke JB Sentral. Saya menunggu bas nombor 123 untuk ke hotel.
Itulah hotel saya, Berjaya Waterfront Hotel. Teksi di mana-mana.
Hari esoknya kami jalan-jalan menaiki bas percuma Majlis Bandaraya Johor Bahru. Seperti di Pulau Pinang, Salmah memilih duduk di kerusi OKU di tengah-tengah bas.
Masa untuk balik di hari ketiga.
Sementara menunggu tren di JB Sentral saya sempat mengambil gambar teksi-teksi ini. Mereka beratur untuk mendapatkan penumpang. Tetapi setiap teksi tidak menunggu lama.
Penumpang naik selepas garisan zebra itu.
Satu lagi pandangan teksi 'red and yellow'.
Kami sudah turun ke platform 4 JB Sentral untuk balik ke Seremban. Kami naik Ekspres Rakyat No.2 bertolak pukul 8.40 pagi.
Rupa-rupanya ada dua loko. Two heads are better than one.
Kami naik Kelas 1. Cuma ada 4 orang di koc ini yang boleh mengisi 36 orang, Saya memilih untuk duduk di satu kerusi solo.
Saya dapati tren ini berada di platform 5 sebelah kami. Sebaik saja saya mengambil gambar ini ia bergerak ke belakang menuju Woodlands, Singapura. Mula-mula saya agak tren ditolak dari belakang. Baru saya tahu tren ini mempunyai dua kepala (seperti Komuter, ETS dan ERL). Ini menyenangkan di mana loko atau kepala tidak perlu dipisahkan dari tren untuk perjalanan balik.
Tren RESCUE GEMAS ini berlabuh di platform 2
Kami meninggalkan JB Sentral. 2 bererti platform 2.
Gambar dari dalam tren.
Juga dari tren.
Johor Bahru idak berjerubu sangat.
Salmah menikmati pandangan di luar.
Koc Tiger 26107 di Kempas Baru,
RENGAM atau RENGGAM?
Stesennya juga ditulis RENGGAM. Kami berhenti di sini bukan untuk mengambil penumpang, tetapi untuk berselisih dengan Ekspres Peninsular.
Pemandangan seperti ini sudah hilang dari Gemas ke Padang Besar.
Di sini ditulis RENGGAM pula!
Tidak disangka bertemu dengan Eastern dan Oriental Espress ini di stesen Kluang. Saya difahamkan enjin atau lokonya rosak dan KTM datang meminjamkan enjin mereka. Malaysia Boleh!
Logo E&O
Laluan E&O
Koc paling belakang E&O
Terima kasih kerana melambai.
Tren saya yang bergerak. Itu jari-jari saya memegang pintu. Susah juga memegang kamera DSLR dengan sebelah tangan.
Bye-bye E&O.
Tren dah sampai ke Segamat dan pekerja kontraktor KTM ini membersihkan apa yang patut.
Bandar Segamat.
Pekan Gemas Baru, di negeri Johor.
Nama saja baru tetapi ia pekan lama.
Stesen Gemas. Saya sengaja tidak mengedit gambar untuk menunjukkan siituasi jerebu di Negei Sembilan yang lebih teruk dari di negeri Johor.
ETS Angry Bird menunggu di platform 3 Gemas. Ia akan bertolak ke Padang Besar, kalau tak salah.
Tren kami berhenti di platform 5 Gemas. Tujuh hari sebelum ini saya berada di platform ini menaiki ETS.
Kami sampai ke Seremban pada pukul 2.44 petang, tepat pada masa dijanjikan. Syabas KTMB.
No comments:
Post a Comment