Thursday, October 15, 2015

Pergi 'behind time' tapi balik 'on time'.

 b

Saya telah berjanji akan menaiki mana-mana laluan tren baru yang dikenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jika ia berdekatan. Pada hari Sabtu 10 Oktober 2015 KTMB memulakan laluan KTM Komuter dan ETS dari Seremban ke Gemas. Oleh kerana saya sibuk di hujung minggu tersebut saya hanya dapat menikmati kedua-dua laluan itu di hari kelepasan am Maal Hijrah 1437 pada 14 Oktober 2015. Berikut ialah cerita bergambar saya:-

Inilah gambaran tetap di stesen keretapi Seremban Seremban. Ada dua tren Komuter 6 koc dalam gambar di atas.

Mereka seolah-olah mau bercium.

Yang lama dan baru. 

Skrin LED ini menyatakan tren saya akan sampai pada pukul 12.40 tengah hari, lewat 23 minit dari masa sepatutnya 12.17 tengah hari

Tambah lagi dua minit kepada 12.42 tengah hari.

Tambah lagi dua minit menjadikannya 27 minit lewat.

Akhirnya 30 minit lewat.

Tren ETS ke Gemas sampai beberapa saat sebelum 12.47 tengah hari, atau 30 minit 'behind time'.

Inilah tren ETS terbaru KTMB, buatan negara China. Kawan-kawan saya peminat keretapi memanggilnya 'Angry Bird' kerana kepalanya seakan-akan karaktor kartun tersebut.

Staff KTMB bergambar dalam tren baru mereka. Tidak jadi kesalahan saya siarkan di sini kerana mereka memakai uniform. Saya sempat bertanya kenapa tren lewat. Jawapannya ialah 'masalah di utara'. Apa masalah sebenar saya tak ingin tahu.

Biasalah di Malaysia ini apa yang baru lewat diterima. Koc saya ini hanya mempunyai lima penumpang.

Saya memilih duduk di sini.

Butang merah menunjukkan stesen-stesen yang sudah dilalui. Butang kuning stesen seterusnya dan butang hijau stesen terakhir.

Tren berhenti di Pulau Sebang (Tampin), daerah Alor Gajah, Melaka.
Tren lari sehingga 143 km se jam sahaja. Kenapa tidak boleh laju lagi saya tidak tahu. 



Kami sudah sampai ke Gemas tepat pukul 1.42 tengah hari, sepatutnya pada pukul 1.10. 32 minit 'behind time'. 


Selfie sebelah 'Angry Bird' di platform 5 Gemas. Ada enam platform semuanya di Gemas. Tren ini akan patah balik menuju Padang Besar.

Stesen Batang Melaka di negeri Melaka dan Batu Anam di negeri Johor.

Sebahagian stesen baru Gemas.

Saya ingin mengambil gambar apa-apa tren yang behenti di Gemas sebelum balik. Tetapi peraturan baru tidak membenarkan. Ini saja gambar yang saya dapat ambil, itu pun dari tangga. Loko itu berada di platform 1.

Walau bagaimana pun saya dapat mengambil gambar stesen lama Gemas tanpa halangan. Inilah antara gambar yang dapat saya ambil. Ia merupakan 'Kenangan Mengusik Jiwa' kepada ramai orang termasuk saya.
Papan nama lama stesen Gemas.

Dari stesen lama saya sempat mengambil gambar tren shuttle ini. Ia baru saja keluar dari depotnya untuk menunggu di stesen.

Masa untuk pulang. Tren dari Padang Besar sudah sampai. Saya tidak dapat memastikan bila ia tiba di Gemas kerana tidak ada skrin memberitahu waktu tiba tren di stesen Gemas.

Di sebelah 'Angry Bird' kedua hari ini. Ia akan bergerak tepat pukul 4.30 petang 'on time'.

Juga tidak melebihi 143 km se jam. Stesen terakhir ialah Butterworth.
Saya berhenti di Pulau Sebang untuk menaiki tren Komuter pula.

Pandangan hadapan stesen Pulau Sebang (Tampin)

Gerai Majlis Perbandaran Alor Gajah di hadapan stesen Pulau Sebang.

Antara jentera KTMB di stesen Pulau Sebang.

Dia sedang membaca jadual baru perjalanan keretapi, satu tanda positif.

Tren Komuter saya dari Seremban sudah sampai. Ramainya penumpang yang turun memberi tandaa positif. Tren buatan Korea ini bukan baru bagi saya. Ia sudah berkhidmat untuk KTMB berpuluh tahun, tetapi masih baik. Sektor utara KTM Komuter dari Kamunting ke Gurun juga menggunakan tren ini.

Saya duduk di koc paling belakang. Tiada penumpang lain sehinggalah Sungai Gadut.


Notis laluan baru dalam tren.

Sekian hingga berjumpa lagi.

No comments: