Setelah berada di Kluang selama empat jam kami meneruskan perjalanan ke Johor Bahru dengan Ekspress Rakyat yang bermula dari Butterworth. Nombor perjalanan ialah 1 dan oleh kerana ia bergerak ke selatan ahli-ahli MRFC memanggilnya '1 down'.
Ini dia '1 down'. Ia tiba beberapa minit 'before time'. Kami sempat bergambar di hadapan loko, tetapi oleh kerana syarat-syarat KTMB saya tidak dapat menyiarkannya di sini.
Ia ditarik oleh 25105 PULAU JEREJAK. Di alam nyata Pulau Jerejak terletak sebelah Pulau Pinang.
Saya berada dalam koc Kelas 2 serba baru. Sejuuuuuk menggigil saya.
Segala maklumat ada di TV ini.
Kami dah sampai ke JB Sentral. Inilah rupa koc baru yang saya naiki tadi.
25105 PULAU JEREJAK sudah berpindah dari hadapan ke belakang. Ia akan menarik '1 down' ke Kempas, Johor tanpa penumpang supaya koc-koc dibersihkan dan sebagainya sebagai persediaaan perjalanan akan datang. Pemandu cuma perlu memusingkan kerusi ke arah bertentangan kerana alat-alat kawalan berada di sisinya.
Kami bergambar ramai di sebelah 24125 MEGAT TERAWIH. Gambar dengan ihsan Noor Harun.
Megat Terawih sedang bergerak 'on time' menarik Tren Timuran No. 26 dari JB Sentral ke Gua Musang, Kelantan.
Antara loko yang menunggu di JB Sentral
Ini satu lagi
Bukti saya sudah sampai ke JB Sentral
Akhirnya saya menaiki koc tidur Tren Sutera No. 24 dari JB Sentral ke Seremban. Tren meneruskan perjalanan ke Ipoh, Perak. Sebenarnya saya mendapat katil di atas, tetapi kebetulan seorang perempuan China ingin bertukar tempat dengan saya.
Begitulah cerita saya pergi ke JB Sentral dari Seremban menaiki tren. Segalanya mengikuti masa atau 'on time' seperti dijanjikan oleh KTMB dan saya mengucapkan tahniah kepada mereka. Walau bagaimana pun ada beberapa kelemahan yang patut KTMB baiki seperti berikut:
- Sistem menempah tiket melalui telefon hendaklah dibaiki. Contohnya saya menempah untuk Kelas 1 awal-awal lagi tetapi diberitahu tempat sudah habis. Tetapi di hari perjalanan banyak pula tempat yang kosong.
- Koc-koc lama patut di baiki. Contohnya pintu automatik di koc-koc lama Kelas 2 tidak berfungsi. Akibatnya hawa dingin tidak terasa apabila pintu asyik terbuka. Begitu juga kisahnya di koc tidur. Pintu yang tidak tertutup mengganggu tidur saya apabila asyik terhidu asap rokok dari perokok yang menghisap rokok antara koc.
- Dalam hal ini saya perhatikan lebih berbaloi duduk di koc ekonomi baru dari koc Kelas 2 lama.
Sekian.
No comments:
Post a Comment