Thursday, October 29, 2015

Bila 'kawan-kawan' tiba-tiba muncul.

Pertama kali saya bersua dengan seorang 'kawan' Facebook, Hj. Ibrahim Harun. Gambar dengan ihsan Hj. Ibrahim Harun.

Kes pertama:

Semalam seorang ahli jawatankuasa (AJK) persatuan pesara saya yang bermastautin di Jelebu datang ke pejabat. Dia membawa bersama seorang kawannya yang ingin menjadi ahli persatuan kami. AJK saya ini dan kawannya selain menjadi kawan atau 'friends' saya di Facebook, juga sama-sama menjadi ahli satu kumpulan di Facebook yang eksklusif kepada anak-anak Jelebu. 

Saya sudah lama kenal dengan AJK saya ni, tetapi walau pun saya 'berkawan' atau 'friends' dengan kawannya itu di halaman Facebook, kami belum pernah bersua muka. Sudah tentu saya terkejut dengan kemunculannya kerana gambarnya sering keluar dalam kumpulan Facebook itu.

Banyaklah perkara yang kami bincang semalam, terutama mengenai aktiviti kumpulan Facebook itu, sehingga saya lupa tujuannya datang ialah untuk menjadi persatuan kami.

Itu dia kawan Facebook saya Tuan Haji Ibrahim Harun dalam gambar di atas.


Kes kedua:

Baru tadi saya menerima panggilan dari seorang pesara yang juga ahli persatuan kami. Bila saya tanya di mana dia bekerja dulu, rupa-rupanya kami pernah sama-sama bekerja di Pejabat Kesihatan Seremban pada tahun-tahun 1969 dan 1970. Dia berbangsa India dan berjawatan rendah. Katanya penglihatannya sekarang kurang jelas, bergerak dengan kerusi roda dan menerima rawatan cuci buah pinggang tiga kali seminggu, ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

Dia bertanya adakah dia layak menerima pencen minima RM950.00 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib? Saya bertanya berapakah pencennya sekarang? Dia jawab berkali-kali RM720.00 sahaja. Saya tidak percaya kerana saya tahu dia berkhidmat lebih 30 tahun dengan kerajaan.

Saya terus minta nombor-nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun pencennya. Saya terkejut dia boleh ingat nombor akaun pencennya, sedangkan saya sendiri tidak boleh ingat yang saya punya. Apabila masuk ke portal JPA Pencen saya dapati pencennya ialah RM 870.18 dan saya terus jawab dia layak menerima pencen RM950.00 mulai 1.1.2016 nanti.

Bila saya kata pencennya sekarang ialah RM 870.18 dan bukan RM 720.00 dia minta maaf banyak-banyak. Saya terus jawab sebagai seorang kawan lama dia tidak perlu minta maaf dengan saya. 

No comments: