(Sebelum saya menulis pos ini saya telah membuka laman web Masjid Dato' Klana Petra Mohd Yusof. Di bawah ruang 'HUBUNGI KAMI' nombor telefon yang diberi ialah (012)3456789. Saya panggil nombor itu dan asyik terdengar mesej orang dihubungi sibuk. Saya tidak pasti nombor itu betul atau tidak, kerana digitnya berterusan. Email yang diberi pula ialah salam@masjidsikamat.com. Email yang saya hantar ke situ kena tendang. Saya tidak ada pilihan dari meneruskan pos ini.)
Pagi tadi saya ke Klinik Kesihatan Desa Rhu, Sikamat, Seremban untuk mengambil ubat. Saya nampak sususan buletin seperti gambar di bawah di kaunter. Kerana ada tulisan PERCUMA saya pun ambil satu. Mengikut maklumat di dalamnya, ini adalah edisi kedua buletin tersebut. Sepatutnya juga apa-apa kesilapan di edisi pertama dibetulkan di edisi kedua ini.
Tetapi ada satu fakta yang tidak tepat tertera di muka 5 buletin tersebut. Di perengggan empat di sebut masjid ini terletak bersebelahan Balai Polis Sikamat dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Taman Desa Rhu Sikamat. Jika fakta tentang klinik itu betul, saya dan berpuluh lelaki dan perempuan yang sudah menopause tidak patut berada di klinik itu pagi tagi.
Saya sensitif tentang perkara ini kerana bukan sahaja saya salah seoranng pelanggan berjadual klinik ini, tetapi kerana saya ialah bekas kakitangan kesihatan dan mula bekerja dengan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan. Malah kod Kad Pesara saya ialah AW untuk Pesara Kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan, satu golongan minoriti antara beratus ribu pesara satu Malaysia.
Saya tidak mahu menulis panjang mengenai perkara ini, bimbang dianggap cuba memalukan pihak lain. Lebih-lebih lagi ini melibatkan satu institusi keagamaan.
Cuma saya hairan bagaimana pegawai-pegawai masjid tidak teliti dengan menghebahkan satu fakta salah mengenai institusi yang berada di sebelah pagar mereka.
Biarlah gambar-gambar di bawah bercerita.
Edisi kedua buletin MASJID DATO' KLANA PETRA LELA MOHD YUSOF, SIKAMAT, SEREMBAN.
Maklumat kurang tepat di Muka 5 perenggan 4 buletin di atas.
Ini maklumat yang tepat.
1 comment:
Salam Pak maarof. Apo lamo Bonar nak tunggu tulih yg baghu ni?
Post a Comment