Cucu saya Danial dikhatankan tengah hari tadi. Ini lah gambar-gambar Danial menunaikan satu perintah agama Islam. Malam tadi saya telah mengajak kawan-kawan saya di surau untuk membaca Yasin dan membaca doa selamat untuk Danial.
Neneknya memberi Danial minum air bacaan Yasin yang dibaca oleh kumpulan surau saya malam tadi. Cawan itu saya bawa balik dari Makkah.
Ibu dan ayahnya yang mempunyai tugas masing-masing pada paginya bertemu Danial di Klinik.
Danial bermain dengan adiknya Fahim di ruang menunggu klinik sebelum dipanggil masuk.
Danial bermain dengan adiknya Fahim di ruang menunggu klinik sebelum dipanggil masuk.
Danial tak menunjukkan tanda-tanda resah atau gelisah.
Sekarang Danial sudah dipanggil dan dengan gembira dia memakai kain.
Lepas ini Danial masuk ke dalam klinik diiringi oleh saya dan anak saya Halimi. Halimi melihat sendiri apa yang dilakukan oleh doktor kepada anaknya, sedangkan saya memandang ke arah lain. Ini mengingatkan saya semasa Halimi berkhatan dulu. Saya juga melihat setiap perbuatan doktor kepadanya. Tetapi entah kenapa kali ini saya gementar sedikit. Sebelum mula doktor membaca sedikit ayat Quran dan meminta Danial mengikutnya.

Untuk menghormati doktor saya tidak mengambil apa-apa gambar didalam bilik rawatan.
2 comments:
Teringat bila berkhatan dulu. Dan memang rasa diberi perhatian lebih oleh orang sekeliing. Sampaikan adik-beradik yang lain rasa tersisih~~
hanya melawat. Salam singgah~~
Assalamualaikum Tuan Haji.
Tuan telah merakamkan emosi anak anak itu dengan begitu berkesan sekali!
Ini ada bakat jadi jurugambar profesional ni. :)
Tahniah!
Seronok membaca dan melihat gambar gambar ini.
Well done sir!
Wassalamualaikum.
Post a Comment