Tuesday, February 10, 2009

Harga Kegagalan

Dalam akhbar-akhbar hari ini disiarkan berita dua kekosongan jawatan tiap satu di Malaysia dan di England. Di Malaysia ialah berita kekosongan satu jawatan Ahli Dewan Negeri Perak Kedah dan satu jawatan Ahli Parlimen di Perak.


Kekosongan jawatan di Kedah disebabkan pemegangnya melepaskannya kerana kononnya nyawanya terancam. Kekosongan jawatan di Perak pula kerana pemegangnya meninggal dunia.


Kekosongan di England ialah untuk jawatan Jurulatih Kelab Bolasepak Chelsea dan Portsmouth. Di Chelsea jurulatihnya Luiz Felipe Scolari digugurkan kerana di Liga Perdana England sekarang pasukan itu berada di tangga keempat. Di Portsmouth jurulatihnya Tony Adams digugurkan kerana pasukan itu berada di tangga ke 16.


Liga Perdana England atau lebih dikenali dengan nama komersialnya Barclay's Premier League (BPL) mempunyai 20 pasukan. Pada penghujung musim liga tiga pasukan di bawah akan diturunkan ke liga yang dinamakan English League Championship (ELC). Di sinilah tuan-tuan punya kelab Portsmouth bimbang pasukannya akan turun jika keadaan sekarang dibiarkan.







Tony Adams


Kesian Tony Adams yang hanya baru dilantik menjadi jurulatih beberapa bulan. Saya memang meminati Tony Adams ini sejak dia bermain untuk Arsenal dan England dahulu. Tetapi saya fikir Tony mempunyai masa depan yang baik juga. Apa yang dia boleh buat sekarang ialah memjadi penolong jurulatih kepada kelab-kelab yang berada di tangga teratas BPL dan belajar dahulu. Atau pun beliau boleh menjadi jurulatih di liga ELC.


Tony pula seorang yang tampan. Tidak jadi masalah baginya untuk bekerja menjadi pengulas sukan di mana-mana stesen TV di Britain.







Luiz Felipe Scolari


Lain pula ceritanya di Chelsea. Pasukan ini yang kaya raya dengan duit dan mempunyai pemain-pemain terhandal dunia sepatutnya berada di persada liga. Oleh itu berada di tangga ke empat merupakan satu kegagalan. Sebab itulah jurulatihnya disingkirkan.


Saya tak tahu kemana Luiz Felipe Scolari nak pergi selepas ini. Sudah tentu tidak lagi bekerja di England kerana beliau hanya lanyak melatih pasukan-pasukan kelab terkuat di dunia atau pasukan negara. Beliau berbangsa Brazil pernah berjaya melatih pasukan Brazil sehingga memenangi Piala Dunia. Oleh itu khidmatnya sudah tentu dinanti-nanti oleh pasukan-pasukan lain baik kelab atau negara.


Cuma saya sedih Scolari baru sahaja nak belajar cakap Inggeris. Sekarang dia terpaksa terus belajar cakap Inggeris di luar England.


Di Eropah dan mungkin juga di Amerika Selatan kejayaan dan kegagalan dalam pengurusan bolasepak cuma dibezakan dengan margin yang kecil sahaja. Sebelum Scolari Chelsea dilatih oleh Jose Mourinho berbangsa Portugis dan Avram Grant seorang Yahudi dari Israel. Walau pun di bawah Jose Mourinho Chelsea menjadi juara BPL selama dua kali beliau gagal memenangi EUFA Champions League (ECL). Trofi inilah yang sangat-sangat diidamkan oleh tuan punya sebenar kelab ini Roman Abramovich berbangsa Russia. Oleh itu Mourinho dilepaskan dan diganti oleh Avram Grant.


Walau pun Grant tidak berjaya menjadikan Chelsea juara BPL ia dapat membawa Chelsea ke perlawanan akhir EUFA Champions League melawan Manchester United. Jika beliau mahu terus melatih Chelsea beliau disyaratkan pula supaya memenangi ECL. Chelsea hampir memenanginya jika ketua pasukannya John Terry tidak tergelicik semasa hendak menendang masuk sepakan penalti penentu di perlawanan akhir tersebut. Oleh itu Manchester United memenangi ECL melalui tendangan penalti.


John Terry tetap berada dalam pasukan Chelsea dan tetap menjadi ketua pasukan. Tetapi Avram Grant disingkirkan. Sekarang Luiz Felipe Scolari pula menerima nasib yang sama.


Pasukan di tangga kedua BPL sekarang ialah Liverpool dengan jurulatihnya bernama Rafael Benitez berbangsa Sepanyol. Liverpool di bawahnya belum pernah menjuarai BPL tetapi pernah
memenangi ECL.


Di tempat-tempat lain menjadi naib johan liga dianggap satu kejayaan. Tetapi tidak di Liverpool. Sekarang saya terbaca beliau disyaratkan untuk menjuarai BPL untuk terus menjadi jurulatih Liverpool musim akan datang. Menjadi naib johan tidak cukup.


Bagaimana jika Benitez membawa Liverpool memenangi lagi ECL tanpa menjuarai BPL. Tak tahulah saya apa nak difikirkan oleh tuan-tuan punya kelab ini. Walau bagaimana pun orang seperti Benitez sama seperti Mourinho dan Scolari tetap dikehendaki dimana-mana.

Itulah keadaannya bolasepak di England. Ini saya belum lagi bercakap mengenai pasukan negara England.

Tetapi di negara ini keadaannya cukup berlainan. Apabila bolasepak kita naik sedikit mutunya masing-masing akan masuk bakul dan angkat sendiri. Apabila gagal seperti sekarang semua menuding jari kepada orang lain.


Yang menerajui bolasepak kita itulah orangnya sudah berpuluh tahun tanpa apa-apa kejayaan. Pernah menjadi Presiden Asian Football Confereration (AFC) pun sedangkan mutu bolasepak negarannya sendiri (Malaysia) entah dimana.


Pernah dulu seorang mencadangkan beliau meletak jawatan dan memberi peluang kepada orang lain yang mungkin mempunyai idea-idea lain. Belia bertanya balik "Why should I resign?".


Because you have failed, Your Majesty!

2 comments:

Anonymous said...

Berita kekosongan di dunia yang berlainan dan perkara yang berlainan. Di Malaysia khususnya di Kedah dan di Perak berkaitan politik sementara di England berkaitan bolasepak.

Kekosongan kerusi ADUN di Bt Selambau kerana wakilnya difahamkan meletak jawatan ekoran masaalah peribadi manakala di Perak Parlimen Bt Gantang wakilnya meninggal dunia. Bagi seseorang yang mempunyai masaalah peribadi dan tidak dapat lagi menumpukan kepada bidang tugasnya eloklah meletak jawatan berilah peluang pada orang lain mengambil alih.

Ada yang kononnya ingin lompat melompat yang dari segi moralnya tidaklah baik malah menghampakan perasaan orang yang memilih sedangkan simelompat boleh seronok2 berbuat suka hati. Akibatnya mungkin pada masa akan datang orang yang nak memilih kena fikir dua kali nak keluar pergi memilih atau tidak dan orang baru berjinak2 nak jadi pemilih atau yang layak memilih tawar hati untuk jadi pemilih bimbang takut dipermain2kan oleh orang yang kena pilih.

Berlainan dengan senario yang berlaku di England. Dua nama besar dalam arena bolasepak kecundang kerana gagal membawa pasukan masing2 untuk bersaing mengikut standard yang diberikan oleh pihak pengurusan.

Tony Adams yang pernah menjadi keptan pasukan England dan Arsenal memang seorang pemain yang digeruni lawan pada satu ketika dulu. Beberapa kejayaan menjadi juara dicapai beliau ketika bersama pasukan Arsenal.

Beberapa bekas pemain ternama yang gagal menjadi pengurus termasuklah Kevin Keegan,Ruud Gullit,Falcao,Marco van Basten,Platini, Greame Souness, Bernd Schuster kecuali Kaiser Franz Beckenbauer, Kenny Dalglish ketika bersama Liverpool dan Blackburn Rovers.

Ada juga berjaya memimpin pasukan kelab tetapi gagal negara seperti Don Revie misalnya.

Manakala Luiz Felipe Scolari bukanlah `nama kerdil' dalam bolasepak. Pernah membimbing pasukan Brazil menjadi juara Piala Dunia tahun 2002dan pasukan bolasepak Portugal menjadi naib juara Negara2 Eropah tahun 2004.

Sebelum itu beliau pernah membawa pasukan2 kelab di Brazil samada menjadi juara peringklat pronvinsi maupun nasional. Dengan `track record' baik yang dicapai oleh beliau kenapa beliau gagal di Chelsea?.

Pada hemat saya, kejayaan beliau bersama pasukan Piala Dunia Brazil kerana beliau ada 4 orang pemain terbaik dunia iaitu Ronaldo, Rivaldo, Ronaldinho,Kaka dan dibantu oleh pemain2 lain yang tak kurang hebatnya seperti Roberto Carlos, Marcos dan Gilberto.

Pasukan yang dibimbing adalah satu bangsa, satu bahasa, satu budaya, kerenah dan ragam yang sama mungkin mudahlah baginya untuk membentuk atau mencorakannya termasuk juga pasukan Portugal.

Berlainan pula dengan pasukan Chelsea. Pasukan ini terdiri dari pemain pelbagai bangsa,bahasa, budaya, ragam dan kerenah dan mungkin tak sesuai dengan corak yang diterapkan oleh Scolari.

Scolari orang yang kuat disiplinnya mungkin tak terikutoleh kehendak pemain2. Apatah lagi `standard' yang diberi pihak pengurusan begitu `demanding' atau pun keputusan `instant success'. Kemampuan bahasa Inggeris Scolari yang terbatas juga menyukarkan komunikasi antara beliau dengan pemain serta pelatih2 lain.

Sama seperti Juande Ramos ketika bersama pasukan Spurs. Ada pilih kasih yang diamalkan Scolari dalam pemilihan pemain utama? Jika berlaku mungkin timbul perasaan cemburu dikalangan pemain. Deco difahamkan salah seorang `favourite son' Scolari apatah lagi mereka berasal dari negara yang sama.

Berlainan pula dengan Mourinho ketika bersama pasukan2nya terutama Chelsea. Mourinho begitu rapat dengan pemain2 nya malah bila dia berpisah dengan Chelsea beberapa pemain menangisi pemergiannya termasuklah Drogba dan Lampard.

Mungkin Mourinho seorang pengurus yang begitu disenangi, `approachable', caring, mudah memahami maklumlah bekas seorang guru. Sepertimana dikatakan beliau jika beliau masih menjadi pengurus Chelsea mungkin Piala Champion League jatuh ke tangan Chelsea pada tahun lalu . Mungkin ia mungkin tidak.

Roman Abramovich tuan punya kelab agak tak sabar2 `seolah2 hari ini kau jadi pengurus esok hari aku mahu kejayaan'. Alex Ferguson, menjadi pengurus MU mula tahun 1987 baru tahun 1999 berjaya membawa MU menjadi johan Champion League begitu juga dengan Arsene Wenger, Pengurus Arsenal dah begitu lama baru capai setakat naib johan.

Mereka yang berjaya membimbing pasukan2 menjadi juara samada peringkat `domestic league',`continental' atau `intercontinental' dan sebagainya terdiri kebanyakannya bukan dari nama2 besar sebagai pemain seperti Ernst Hoeppel, Rinus Michel, Alex Ferguson, Arsene Wenger, Carlos Alberto Perrera, Brian Clough, Mourinho, Enzo Bearzot dan beberapa lagi.

Kesimpulannya, pencapaian cemerlang dalam bidang tertentu sahaja seperti akadamik contohnya belum tentu cemerlang menjadi CEO, pemimpin,ahli politik jika tidak disertai ciri2 lain seperti kemahiran komunikasi, pengetahuan pelbagai,sedikit sebanyak pengetahuan psikologi kalau boleh, tidak ego dan lain-lainnya.

Contohnya `salesman yang cemerlang' belum tentu jadi `good sales manager'.
Begitulah juga bolasepak.

Berbalik pada bolasepak dalam negara, minat anak2 pada hari ini terhadap bolasepak sudah berkurangan. Jarang kelihatan anak2 bermain bolasepak malah padang2 yang ada di kampong2 atau luar bandar pun samada kecil atau besar terbiar ditumbuhi rumput panjang dan semak.

Manakala dalam kawasan taman perumahan adalah padang kecil atau pun tak ada padang langsung. Kemanalah budak2 yang sedang membesar bermain? Kalau ada cybercafe ke cybercafelah mereka. Kayuh basikal beramai2 kemana2 tanpa tujuan. Duduk melepak dimana2 `port' bagi menghabiskan masa.

Ke surau ke masjid tak mahu pulak mungkin tidak di`seru' agaknya. Jadi budak2 tak lagi bermain bolasepak kerana dengan `tuition', kerjarumah, mengaji? Itu bagi mereka yang terlibat dan bagaimana yang tidak terlibat dengan tution, mengaji, kerjarumah dan sebagainya?.

Budak2 dihari ini ramai yang tidak lagi membantu ibubapa samada di ladang, sapusampah, ambil air diperigi/sungai, jaga adik,kerja sawah seperti budak2masa dahulu. Banyak masa lapang anak2 pada hari ini tetapi tidak diisi dengan kegiatan sukan. Begitu banyak tanggungjawab yang dipikul anak2 zaman dahulu terutama membantu ibubapa tetapi ada masa untuk mereka pergi bermain.

Jangan pula salahkan kemajuan teknologi budak2 di hari ini tidak suka melibatkan diri dalam sukan khususnya bolasepak. Bila dibincang kejatuhan tahap pencapaian bolasepak macam2 alasan dan pendapat diberikan.

Pada pendapat saya puncanya ialah tidak ada galakan dari pelbagai pihak, tidak ada lagi tarikan bagi budak2 muda ni, tidak ada pertandingan dianjurkan, kemudahan2 seperti padang dibandar2 terutamanya tidak ada lagi kalau ada pun kena sewa.

Teringat saya akan rakan2 di sebuah perkampongan Melayu dibandaraya menangis bila mendapat tahu padang bolasepak tempat mereka bermain dan pernah melahirkan jaguh bolasepak negara diambil pihak tertentu didirikan rumah panjang sementara.

Adakah ibubapa hari ini mahu anak2 tumpu pada pelajaran semata2....hanya sebilangan kecil saja manakala yang lainnya ramai budak2 terbiar berpeleseran. Sepatutnya budak2 berpeleseran inilah digalakan bergiat dalam bidang sukan khususnya bolasepak.

Pada tahun 60an,70an perlawanan bolasepak kerap dianjurkan samada di peringkat daerah, pusat2 pengajian rendah,menengah,kelab,pengajian tinggi samada merebut sesuatu kejohanan maupun persahabatan. Pernah pertandingan diadakan untuk kejohanan sempena Hari Kebangsaan di peringkat daerah tetapi pada hari ini diadakan sambutan cara berlainan.

Pernah sebuah jabatan pada tahun 60an atau 70an mempunyai pasukan bolasepak yang cukup kuat dimana beberapa pemainnya pernah mewakili negara hasil galakan,sokongan dan bimbingan orang no. satu nya. Pada hari ini pasukan bolasepak dari agensi itu tidak kedengaran lagi. Pada tahun2 60an,70an dan 80an saya pernah menyaksikan perlawanan bolasepak antara estet2, sekolah2, pusat pengajian, kelab, antara negeri2 malah negara termasuklah di stadium keramat Stadium Merdeka.

Teringat saya kelucuan bila menyaksikan perlawanan bolasepak antara estet lawan estet di padang besar sebuah pekan pada tahun 60an dulu yang pemain2nya rata2 `abang gelap' hingga berlaku pertengkaran angkara tak puashati terhadap pengadil. Salah seorang pemain melondehkan seluar sambil menunjukan `ayam jantannya' kepada pengadil diakhir perlawanan. Penonton2 ketika itu bersorak2 kegirangan. Seronok dan lucu sungguh.

Nasib baik atas padang kalau atas kapal kapal karam. Untuk kebangkitan semula bolasepak tanahair galakan, bimbingan, dorongan, sokongan dari pihak berpengaruh sangat2 diperlukan jika tidak nasib bolasepak seperti yang ada pada masa ini.

Padang2 yang ada kalau tak elok diperbaiki, banyakan padang untuk taman2 perumahan, galakan hendaklah diberi disamping diadakan anjuran2 pertandingan tak kiralah untuk apa2 kejohanan.

Ada rakan masa kecil di kampong tak pernah pun bermain bolasepak bersama kami sehingga masuk sekolah dan sekolah menengah tempat dia belajar tak ada pun pasukan bolasepak tetapi anihnya kawan ni pernah jadi orang no. 2 persatuan bolasepak sebuah negeri. Terfikir juga reti kah dia menendang bola.

Ada rakan sekolah tak pun berkecimpong dalam sukan semasa sekolah boleh jadi presiden sebuah persatuan sukan....pelik juga ya. Jadi tak heranlah setakat mana tahap mutu bolasepak atau sukan bagi satu2 pasukan itu.

Untuk memimpin sebuah persatuan sukan biarlah ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai sukan. Bagi saya sesiapa yang tak boleh `deliver' tanggungjawab yang dipikul eloklah mengundur diri beri pada orang lain yang dirasakan sesuai tetapi ada syaratnya.

Jika tak mampu janganlah pikul tugas yang `panas' bak kata orang Negeri Sembilan saja2 `nak ngabihkan bogheh jo'.

Muhammad, Kajang

Ab Razak Hj Ahmad said...

Panjangnya komen En Muhammad.. mcm artikel pulak.

Komen saya pula... pasal Chelsea tak sabar sangat nak rangkul piala UCL. Memang level Chelsea ialah menang piala UCL yang mana hampir menang last year with the help frm Christiano Ronaldo yang sepak penalti tak masuk than JT serta Annelka pulak spoil the party.

Yang kelakarnya bayaran pampasan yg Chelsea bayar kat semua pengurus dia yang kena buang tu amat menggelikan hati. From Cladio Reneri until Scolari. Berpuluh juta dah dan wang tu boleh develop a strong team for 5 years.

Roman kena sabar sikit... terbukti bukan wang yang bawa kemenangan...

If U ask my team, of course MU...