Thursday, January 14, 2010

Cendol Leman Dawi

Siapa yang mengikut Laluan Persekutuan 1 dari Seremban ke selatan akan ternampak satu gerai unik di Sungai Gadut, selepas Senawang, Seremban. Unik kerana ia ditulis dengan tulisan-tulisan besar yang menarik. Ia ialah gerai Cendol Leman Dawi.

Pagi tadi saya ke Jasin dan Merlimau, Melaka menguruskan tanah isteri saya Salmah. Oleh kerana saya mempunyai masa yang banyak saya mengikut jalan biasa dan bukan lebuhraya. Semasa balik saya singgah buat pertama kali di gerai Cendol Leman Dawi. Beberapa kali saya telah cuba untuk singgah di gerai ini tetapi tidak berjaya. Kemudian saya sedar saya bernasib baik kali ini.

Setahu saya Cendol Leman Dawi bermula dengan Leman Dawi menjual cendol menggunakan sebuah lori kecil di di bawah pokok angsana sebelah Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Beliau terpaksa berpindah kerana pembesaran jalan Seremban - Senawang. Kebetulan pula terdapat beberapa unit gerai tepi jalan yang dibina oleh Majlis Daerah Seremban (sekarang Majlis Perbandaran Nilai) di Sungai Gadut yang lama terbiar.

Leman Dawi telah berpindah ke gerai-gerai ini. Saya tidak pasti sama ada beliau memohonya atau ditawar terus. Walau bagaimana pun ini menjadikan situasi menang menang kepada Leman Dawi dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Leman dapat meneruskan perniagaan yang nyata lebih maju dari dahulu. MPN pula dapat menyewakan gerai-gerainya.


Inilah gerai Leman Dawi. Makanan khasnya ialah cendol yang dipanggil Cendol Leman Dawi.

Beberapa statistik yang menarik ditulis oleh Leman Dawi.


Pengunjung memilih, mengambil dan seterusnya membayar untuk cendol di sini.



Leman atau Sulaiman tidak putus-putus bercakap kepada pelanggan-pelanggannya.


Saya minta Leman bergambar untuk saya.


Danial dan Salmah menikmati cendol. Cendol yang lagi satu itu untuk saya.


Notis dan iklan dalaman Cendol Leman Dawi.


Manifesto Leman Dawi. Mengikut Leman ia meminati politik tetapi tidak mahu ia dibincangkan di dalam gerainya.


RTM akan membuat rakaman di Cendol Leman Dawi pada 15 Januari 2010 jam 10.00 pagi.


Keratan akhbar mengenai Cendol Leman Dawi. Mengikut Leman papan keratan akhbar ini belum digantung lagi.

Leman Dawi dapat mengekalkan harga cendolnya walau pun bahan-bahan lain telah naik harga.


Dari kiri, gula, cendol dan air batu yang boleh ditambah dengan percuma. Tapi bagi saya satu mangkuk cendol sudah cukup.

Air barli dan sirap pun diberi percuma.



Tandas juga dihias. Saya dapati tandas di dalamnya bersih.


Kenangan saya bersama Leman Dawi.


Inilah yang saya katakan bernasib baik. Sebaik sahaja saya bergambar dengan Leman Dawi dia memegang papan notis ini. Kalau lambat sedikit melepaslah saya. Mengikut Leman ramai pengunjung yang datang ke gerainya mengambil gambar. Tetapi tidak ramai yang dapat mengambil gambarnya memegang notis 'CENDOL HABIS' ini.



Saya harap Leman Dawi terus berjaya dalam perniagaannya.

No comments: