Tadi saya merayakan hari jadi saya yang ke-60. Dengan ini juga saya menamatkan khidmat saya dengan kerajaan di mana saya telah berkhidmat selama 40 tahun. Sebenarnya saya telah bersara empat tahun yang lalu apabila saya mencapai umur 56 tahun. Kemudian saya diambil bekerja semula di tempat yang sama secara kontrak. Oleh itu saya menerima kedua-dua pencen dan gaji.
Walau bagaimana pun tempoh empat tahun dari tarikh saya bekerja semula sehingga saya bersara sekali lagi merupakan tempoh yang paling mengembirakan saya. Saya bekerja dengan tidak mempunya tekanan langsung. Boss saya berkata dia mengambil saya bekerja semula untuk membimbing pegawai-pegawai yang muda. Insya Allah dengan minat saya kepada komputer saya fikir saya berjaya memenuhi kehendak boss saya. Saya pernah berkata kepada pegawai-pegawai ini "Jika hendak tahu apa dalam kepala saya cuba layari blog saya".
3 comments:
Happy birthday to you sdr Maarof
Semuga Allah memberkati hidup mu.
Murah rezeki dan di panjangkan umur serta sihat.
Bertambah cucu.
wassalam
MA
Tuan Hj Maarof,
Semoga ALLAH S.W.T. anugerahkan Tuan Haji sihat walafiat serta Taufiq dan Hiadayah sehingga akhir hayat. Wasallam.
smoga hidup diberkati dan dibekalkan rezeki yg murah dan sihat sejahtera...amin
Post a Comment