Wednesday, November 10, 2010

'Kelab ini saya yang punya.'

Dalam filem James Bond bertajuk 'Goldfinger', Bond  bermain golf dengan Goldfinger, orang jahat filem itu dengan bertaruhkan sejongkong emas. Goldfinger cuba menipu dan menyedarinya Bond membiarkan Golfinger menang. Bond kemudian membuktikan penipuan Goldfinger. Goldfinger amat marah dan merosakkan satu patung manusia di kelab golf itu. Bond bertanya "Apa kata Setiausaha Kelab nanti?" Goldfinger menjawab "Tak ada apa-apa, kelab ini saya yang punya."

Di Seremban dulu ada juga satu kelab bernama 'Kelab Bukit Rasah' yang dipunyai oleh seorang. Walau pun kelab ini mempunyai ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik kuasa mutlak dipegang oleh tuan punya kelab. Akhirnya kelab ini ditutup.

Di Malaysia sekarang ada juga sebuah 'kelab' yang dipunyai oleh seorang. 'Kelab' ini ditubuhkan semata-mata untuk tujuan tuannya. Untuk membuktikan kelab ini kepunyaannya, tuan ini tidak memegang apa-apa jawatan tetapi umum tahu beliaulah yang paling berkuasa dalam 'kelab' ini.

Tidak beberapa lama dahulu ada seorang yang sudah ditendang keluar dari 'kelab' lamanya menjadi ahli 'kelab' baru ini. Memandangkan ahli baru ini tinggi juga profilnya dia telah diberi beberapa jawatan penting. Dia juga diberi peluang untuk menjadi seorang 'Yang Berhormat' negara dengan bertanding dalam satu Pilihanraya Kecil, tetapi kalah.

Oleh kerana undang-undang memerlukan 'kelab' ini mengadakan pemilihan jawatankuasa,  ahli baru ini bertanding untuk satu jawatan penting. Tetapi menyedari dia akan kalah dia membuat pengumunan pada dua hari lepas menarik diri dari pertandingan jawatan penting itu. Dia juga melepaskan semua jawatan yang dipegangnya dalam 'kelab' barunya selama ini.

Tidak puas dengan itu semalam dia membuat satu permintaan yang luarbiasa. Dia meminta tuan punya 'kelab' ini keluar dari kelab. Disamping itu dia juga meminta lawannya dalam pertandingan untuk jawatan penting dalam 'kelab' itu turut keluar. Tujuannya ialah untuk mengetuai 'kelab' ini. Sama ada dia hendak mengetuainya dengan menganggap kelab ini sebagai hak persendirian seperti sekarang tidak dapat dipastikan. Banyak cantik dia ni.

Ini mengingatkan saya melihat gelagat kumpulan singa dalam television. Satu kumpulan atau keluarga singa diketuai oleh seekor singa jantan. Apabila seekor singa jantan lain berfikir ia sudah layak untuk mengetuai mana-mana kumpulan dia terpaksa menghalau singa jantan atau ketua yang asal. Jika singa jantan asal berdegil berlakulah perlawanan secara fizikal yang boleh berakhir dengan salah satu dari mereka mati.

Seperti singa jantan, ahli baru ini terpaksa mengusir tuan punya 'kelab' ini jika hendak mengetuainya. Bagaimana ia hendak mengusir terpulanglah kepadanya. Tetapi jika dia berjaya dia juga terpaksa berbuat seakan-akan apa yang dibuat oleh singa jantan yang baru itu. Singa jantan atau ketua yang baru  dikehendaki membunuh semua anak-anak singa yang ada, kerana mereka bukan anaknya. Tujuannya ialah supaya kumpulan atau 'kelab' barunya hendaklah  dipenuhi oleh anak-anak atau ahli-ahlinya sendiri sahaja.

2 comments:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum ya sahabat.

Berkarya sindir pesan, ya? Hehehehe.

Begitulah ragam manusia. Sandiwara dunia belaka.

Terkilas sahaja ikan di air, hamba dah tahu jantan betinanya.

:P

Si Luncai terjun dengan labu labunya...

Apakah harus kita biarkan, biarkan saja?

:D

azahar said...

it is just like the law of the jungle here...the strongest and the fittest live...the others stay outside, silent..