Tuesday, November 23, 2010

"Siapa tanam pokok kelapa ni?"

Itulah ungkapan isteri saya Salmah apabila dia mengikut saya berjalan ke kawasan tangki air yang terletak di hadapan rumah kami. Sejak bersara ini boleh dikatakan tiap-tiap pagi saya berjalan untuk bersenam menaikki tangki air itu. Sambil itu saya mengintai ke pangkal pokok-pokok yang saya lampirkan gambar-gambarnya di sini. Selang sehari saya saya dapati ada buahnya yang masak. Apa lagi, saya pun terus memakannya.

Pokok yang saya maksudkan disebut 'Lombo' dalam loghat Negeri Sembilan. Saya baru diberitahu oleh seorang senior sekolah saya, ia disebut 'Lembe' (seperti 'peka') dalam loghat Pahang. Sejak saya pindah di sini saya dapati banyak pokoknya di sekeliling tangki air tersebut. Sejak itu juga apabila saya menaikki tangki air ini saya akan mencari-cari buah lombo ini.

Beberapa bulan dahulu kawasan tangki air ini dibersihkan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Di samping lalang yang liar, habis pokok-pokok lombo dicantas mereka. Jelaslah seperti isteri saya, pekerja-pekerja SAINS ini juga tidak mengenali pokok-pokok lombo ini. Tetapi pokok-pokok lombo saya segar semula. Dalam pada itu ia tidak berbunga kerana sedang tumbuh daun-daun baru. 

Sekarang pokok-pokok lombo telah berdaun semula, berbunga dan berbuah kembali. Keseronokan memakan buah lombo ini hanya terasa apabila kita meminum air selepas memakannya. Air yang diminum akan terasa manis. Cuma saya rasa buah-buah lombo di hadapan rumah saya ini tidak semanis buah-buah lombo berhampiran rumah ibu saya di Jelebu. Spisis di sana pula buahnya berwarna ungu dan tidak putih seperti  buah lombo saya di sini.


Pokok lombo. Kawasan sekeliling sudah lama tidak dibersihkan. Seperti lalang, pokok lombo pun hidup segar.


Lagi pokok lombo.


Tandan-tandan buah lombo.


Yang kuning itu ialah bunga lombo.

Buah lombo berukuran 2 cm panjang dan 1 cm tebal. Untuk memakannya badanya dipicit dan kita memakan isinya yang keluar di hadapan. 

2 comments:

al-lavendari said...

lepas makan buah lombo ni .. apa pun kita makan akan rasa manis buat seketika.

is3zul said...

Teringat mása remaja... sanggup kedusun ayah semata2 cari buah lombo. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan...Bila anak2 bertanya bagaimana rasa buah tersebut.. cuma mampu beri gambaran tanpa dapat memberi rasa yg sebanar.. :(