Monday, December 13, 2010

Program berkhatan beramai-ramai tahun 2010

Seperti tahun lepas surau saya mengadakan program berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak kami. Juga inilah kali pertama program ini dijalankan di surau bar. Sembilan kanak-kanak mengambil bahagian, tiga darinya adik beradik. Inilah berita bergambar yang saya dapat ceritakan.

Seorang bapa membawa anaknya datang ke surau.

Ketiga-tiga adik beradik ini dikhatankan bersama. Yang sedang makan itu bapa mereka.


Menjamu selera dahulu di kantin surau.


Kemudian kami berpindah ke dalam surau.


Tuan imam mengetuai doa selamat.


Sebahagian kaum ibu dalam surau.


Ini kanak-kanaknya.


Tuan imam menyampaikan cenderamata.


Bergambar ramai.


Mencuba penyembur air.


Kanak-kanak disembur air.


Kemudian menaiki kenderaan.


Lagi menaiki kenderaan.


Mereka sudah sampai di klinik.


Inilah kliniknya.


Menunggu dalam klinik.

Kanak-kanak pertama selesai dikhatankan.


Tak sakit pun.

2 comments:

Anonymous said...

sdr maarof

Sekarang nampaknya anak-anak lelaki berkhatan (bersunat) tidak lagi macam zaman kita dulu. Sekarang semua di khatankan di klinik swasta dengan harga diantara RM80 ke RM120 seorang sekali khatan. anak-anak itu akan menghadhiri majlis do'a selamat sebelum dulu samada sebelah malam atau petang sebelum tu..... pagi esoknya, dari rumah atau surau mereka akan dihantar ke klinik yang sudah ditetapkan............ selesai sahaja... terus dibawa balik kerumah masing-masing.

Berlainan masa zaman kita kecil dulu...... kita semua dimandikan di perigi.... berjam-jam sehingga betul betul 'kecut'..... dan 'lembut' hujung zakar tu.... kemudian akan diusung ke serambi rumah dan didudukkan diatas batang pisang yang sudah di potong dan dibuat sebagai tempat bertenggong.... tok mudim akan siapkan pusau tajamnya. Dengan jampi serapah serta hemburan air sireh.... tok mudim akan membaca do'a yakni menawarkan zakar (agar tidak banyak keluar darah).

Setelah siap barulah di potong hujung zakar itu terus di balut dengan kain balut yang sudah disediakan lebih awal..... anak lelaki itu akan di baringkan dan kain pelikat akan di gantung agar tidak mengenai zakar yang berbalut yang baru di sunatkan tu...... Dari mula anak itu di dudukkan keatas batang pisang tu hingga selesai hujung zakar dipotong.... selawat nabi akan berkumandang oleh saudara-mara lelaki yang hadhir..... teringat masa dulu..........

wallah hu aklam

wasalam
MA(B)

Anonymous said...

Terima Kasih dengan gambar-gambar berkhatan tersebut buat kenang-kenangan....Effendy