Monday, February 27, 2012

Terima kasih, cikgu.

Dua hari lepas saya menghadiri jamuan makan tahunan murid-murid tua sekolah saya, Sekolah Dato' Abdul Razak atau SDAR. Pada pandangan saya, dari banyak-banyak jamuan makan tahunan yang serupa, jamuan makan tahun ini adalah yang terbaik. Pendapat ini dikongsi oleh kebanyakan kawan-kawan saya yang lain, baik yang senior, yang sebaya dan juga yang junior. Ramai pula yang berpendapat, sesiapa yang 'tuang' kali ini rugilah mereka. 

Banyak yang saya boleh ceritakan mengenai jamuan makan itu. Contohnya saya berjumpa semula dengan seorang kawan sekolah yang saya tidak jumpa sejak tahun 1967, iaitu tahun terakhir kami belajar bersama. Juga seorang sepupu saya yang junior 12 tahun akhirnya datang juga ke aktiviti murid-murid tua sekolah kami setelah saya mendesaknya beberapa kali. Bukan itu sahaja, ia terlibat secara langsung di jamuan makan kali ini dan menjadi seorang ahli jawatankuasanya.

Tetapi apa yang mencuit hati saya ialah apabila membaca satu salinan email dari seorang tetamu yang dijemput hadir ke majlis itu. Setahu saya tetamu ini tidak melepaskan peluang untuk hadir di tiap-tiap jamuan makan tahunan kami. Berikut ialah salinan email tersebut:

Selamat pagi Mohd Rohani,

Thank you very much for inviting me to the SDARA 2012 DINNER.
I enjoyed myself tremendously and was very happy to meet up with all the
students from SDAR, Tg Malim and also those from Seremban who came
up and talked with me. This clearly shows the true measure of the School
that I was indeed very fortunate to have been posted to after my graduation
from The Malayan Teachers Colege Brinsford Lodge, Wolverhampton, England.
I am indeed very proud of you all and SDAR!

You and the Organising Committee deserve a pat on the back for a job well done.
CONGRATULATIONS! Syabas! Tahniah!

The Dinner has made this old Che Gu Wee a very happy man and was a testimony of what THE SDARA ALUMNI can achieve (and very successfully too!) when they put their minds to the task - any task.

Terima kasih banyak banyak Mohd Rohani and SDARA.

With kind regards,

Leonard Wee

PS: SDARA's idea of creating a Fund to help out SDARIANS in need of help is a
brialliant idea. Well done!
One of my maxims of life is "My small contribution towards this laudable Fund is my humble way of saying a big THANK YOU for having been given the opportunity to share in the joys and celebrations of SDAR and to be remembered."

Penulis surat itu ialah En. Leonard Wee, atau nama penuhnya Leonard Wee Cheng Liang, kalau tak salah. Ia berkata ia 'very fortunate' ditempatkan ke sekolah kami selapas sahaja tamat latihan perguruannya. Tetapi sebenarnya siapa sahaja yang mendapat didikan dari Mr. Wee adalah 'very furtunate' dan saya termasuk dalam golongan itu.

Saya sudah meminati Bahasa Inggeris sejak dari sekolah rendah. Oleh itu apabila berjaya masuk ke sekolah asrama penuh yang beraliran Inggeris, ia seperti 'pucuk dicita ulam mendatang'. Apatah lagi guru yang mengajar Bahasa Inggeris ialah Mr. Leonard Wee atau kami panggil Mr. Wee sahaja. Selain dari mengajar Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani, dia juga guru kelas di tahun pertama saya di sekolah menengah. 

Saya masih ingat ia bertanya kami seperti ini: Is this correct 'We is a teacher'?. Kami jawab salah. Kemudian dia berkata 'My name is Wee and I am a teacher', so 'Wee is a teacher'. Baru kami faham.

Mr. Wee amat disayangi oleh murid-muridnya. Itulah sebabnya ia dijemput di tiap-tiap acara jamuan makan tahunan.   
  
Inilah gambar gambar kelas kami pada tahun 1962. Saya betul-betul berada di sebelah kiri Mr. Wee. 



Ini pula gambar pada tahun 2012, iaitu lima puluh tahun kemudian. Kali ini saya duduk sama tinggi, sama rendah di sebelah kanan Mr. Wee. Ada tiga orang lagi di gambar ini yang juga ada di gambar di atas. 

Semoga Mr. Wee dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya kami dapat berjumpa lagi di tahun-tahun kemudian.

1 comment:

Wan Sharif said...

Well said on the subject of Leonard Wee!