Rupa-rupanya walau pun seorang penolong pengadil diletakkan berhampiran tiang gol, dia belum boleh memutuskan sama ada bola telah melintasi garisan gol. Ini terbukti malam tadi di perlawanan Euro 2012 antara Ukraine dengan England. Tayangan ulangan video jelas menunjukkan bola yang ditendang oleh pemain Ukraine Marko Devic telah melintasi garisan gol England sebelum disepak keluar oleh pemain England John Terry. Penolong pengadil yang berada di sebelah gol hanya berdiam diri, oleh itu gol tidak diberi.
Ini mungkin kerana mata kita tidak boleh disamakan dengan lensa kamera. Contohnya kita tidak boleh melihat peluru yang ditendang keluar dari pistol, senapang atau meriam. Tetapi kamera yang mempunyai pendedahan atau 'exposure' yang tinggi boleh merakamkannya. Jika kamera bergerak atau video digunakan peluru yang laju boleh ditayang semula secara perlahan.
Situasi yang sama boleh kita lihat di sukan tennis. Kadang-kadang bola yang disebut keluar atau 'out' oleh penjaga garisan sebenarnya tidak keluar setelah ditayang semula menggunakan alat canggih yang dipanggil 'Hawk-Eye'.
Nampaknya teknologi video akan diperkenalkan di sukan bolesepak tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment