Dari dulu lagi aku berpendapat surau ialah tempat untuk orang-orang tempatan solat berjemaah dan mengadakan aktiviti keagamaan. Juga untuk mereka yang dalam perjalanan jauh singgah untuk solat. Jadi aku kurang setuju jika mana-mana surau dibuka kepada para jemaah lain untuk mengikuti aktiviti kita.
Aku perhatikan apabila surau di tempat aku tinggal ini mengadakan aktiviti seperti ceramah khas ramai jemaah dari luar yang datang. Ini kerana setiap kali ada ceramah yang diberikan oleh penceramah jemputan perkara ini dihebahkan satu Seremban. Notis-notis diedarkan di surau-surau dan masjid lain. Aku tidak boleh membantah kerana aku bukan ahli jawatankuasa surau. Mungkin jika ada ahli jawatankuasa yang membantah pun ia tak jadi apa kerana kami mengamalkan demokrasi. Tetapi aku jarang-jarang melihat notis ceramah di surau-surau lain ditampal di surau aku.
Biasalah apabila selesai majlis makanan disediakan. Juga untuk menjada adat Melayu tetamu diutamakan. Jemaah dari surau-surau lain dibenarkan beratur megambil makanan dulu yang dihidang secara 'buffet'. Kemudian barulah giliran kami pula. Ada juga aku perhatikan jemaah asing ini tidak mahu beratur tetapi memilih untuk makan bersama-sama dengan penceramah jemputan dan orang-orang kuat surau. Akhirnya ada jemaah tempatan yang tidak dapat makan. Kalau dapat pun tidak merangkumi menu sepenuhnya.
Teringat aku peribahasa Melayu 'Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Tetapi tidaklah sampai mati, kerana negara kita ini kaya dengan makanan. Cuma semasa beratur mendapatkan makanan ada yang aku perhatikan berperangai seperti 'kogho' iaitu sebutan 'kera' dalam loghat Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment