Sunday, April 21, 2013

Satu pagi di Jelebu

Saya memutuskan untuk ke Jelebu untuk melihat proses penamaan calon Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) negara kita pada 20 April 2013. Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
  1. Dua orang kampung saya akan bertanding, seorang untuk kerusi Parlimen dan seorang lagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
  2. Bandar Kuala Klawang, iaitu bandar pentadbiran Daerah Jelebu cuma setengah jam perjalanan dari rumah saya di Sikamat, Seremban.
  3. Tempat letak kereta tidak menjadi masalah.
  4. Kesesakan sudah pasti kurang jika dibandingkan dengan Bandar Seremban, jadi saya tidak ada masalah untuk mengambil gambar-gambar. 
Berikut adalah gambar-gambar yang menceritakan pengalaman saya berada satu pagi di Jelebu.


Papan tanda alu-aluan ke Daerah Jelebu. Sebenarnya gambar ini diambil semasa saya hendak pulang ke Seremban. Di waktu pagi kawasan ini berkabus dan kenderaan dikehendaki memasang lampu.

Senang untuk mendapatkan tempat letak kereta di Kuala Klawang, walau pun di hari penamaan calon. Saya letak kereta di sebelah kereta penyokong PAS. Sila perhatikan bendera di keretanya.

Walau berlainan fahaman politik, mereka boleh duduk se meja.

Tempat berkumpul penyokong BN di kanopi putih itu. Astaka tidak boleh digunakan dan dijaga anggota Polis.

Seorang calon BN dengan para penyokongnya.

Inilah orang kampung yang saya hendak jumpa. Hj. Zainudin Ismail anak kepada arwah imam kampung saya Hj. Ismail, kita panggil Lobai Mae.

Hj. Zainudin bergambar dengan penyokong-penyokong berbangsa Cina.

Dengan penyokong-penyokong lain pula.

Dua calon dengan penyokong-penyokong mereka.

Ini pula Datuk Jalaludin, calon ADUN Pertang, di mana letaknya kampung saya.

Seorang lagi orang kampung saya Razi Ali, calon DUN Sg.Lui.

Calon-calon berjalan beriringan bersama Dato' Seri Utama Rais Yatim yang menyerahkan kerusi Parlimennya kepada Hj. Zainudin. Kebetulan Dato' Rais memulakan kerjaya politiknya dengan mengambil alih kerusi DUN Pertang pada tahun 1978 dari orang kampung saya juga arwah Dato' Aminuddin Manaf.  

Para penyokong mengikut di belakang.  

Melalui jam Merdeka dan bangunan lama Pejabat Daerah Jelebu. Di bangunan itulah saya mengangkat sumpah memegang jawatan Kerajaan di hadapan Pegawai Daerah Jelebu pada bulan November 1968. Sekarang ia menjadi Mahkamah Majisteret Jelebu.

Dewan yang menjadi Pusat Penamaan Calon.

Tak payah dijelaskan.

Seperti biasa Daerah Jelebu di kelililingi kabus.

Pak Ali dan isteri, orang kampung saya yang juga ayah dan ibu kepada calon Razi Ali.

Antara penyokong, Orang Asli.

Para penyokong Pakatan Rakyat.

Bendera Pakatan Rakyat.

Sebenarnya dewan penamaan calon telah ditempah untuk kenduri kahwin.

Tetapi terpaksa dipindahkan di saat-saat akhir kerana penamaan calon. 

Pencalonan diterima. Mereka bergambar di luar dewan.

Mereka juga bergambar.

 Setelah selesai saya pun menuju ke kereta.  Bendera PAS di kereta sebelah itu sudah tiada. Sudah pasti dibawa oleh tuan punya kereta ke pusat pencalonan.

Antara bendera yang dicacak di tebing Bukit Tangga.

Antara tugas pertama mana-mana YB yang dipilih ialah menggantikan huruf 'R' yang hilang itu.

No comments: